Tips Menangani Anak Degil

SEBAB DAN CARA ATASI ANAK DEGIL A nak adalah anugerah yang paling berharga dari Allah swt. Kehadirannya juga membawa seribu erti kepada yang bergelar ayah dan ibu. Perkembangan anak berbeza antara satu sama lain. Ada yang senang menurut perintah dan ada yang sedikit nakal lalu bagaimanakah cara sebagai seorang ibu dan ayah dalam mengatasi kedegilan anak ini dan mengapakah ianya kali berlaku? Inginkan perhatian Selalunya anak yang jarang bersama ibu dan ayah mereka akan terasa kesunyian. Jadi dengan cara memprotes dan melakukan pelbagai aksi yang sudah pastinya membangkitkan kemarahan ibu ayah adalah salah satu cara anak-anak untuk memberitahu perasaan mereka. Apabila ini terjadi, pergi ke arah anak, dan cuba tanya mengapa dan sebab bertindak demikian. Walaupun mereka pada mulanya, anak-anak akan mengamuk sebentar namun percayalah dengan sentuhan lembut dan pelukan ibu dan ayah, akan mendapat reaksi positif daripada anak. Selami jiwa anak-anak Kehidupan seharian menja...