Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

JOM SOLAT DHUHA BERSAMA-SAMA

Imej
Bismillah Assalamualaikum wrbt Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang sering diamalkan oleh baginda, Nabi Muhammad SAW. Solat sunat Dhuha ini dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi sehingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zuhur.  Bilangan rakaat solat ini boleh dilakukan dua, empat, enam atau lapan rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina Ali ra katanya bahawa Rasulullah saw bersolat Dhuha enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika matahari terbit matahari dua rakaat dan juga tatakala matahari naik sepengalah sedikit, sebanyak empat rakaat.  Cara perlaksanaan Solat Dhuha:  1. Niat :  Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala 2. Takbiratul ihram 3. Membaca Al-Fatihah 4. Membaca surah Asy-Syams.  5. Rukuk 6. Iktidal 7. Sujud pertama 8. Duduk diantara dua sujud 9. Sujud Kedua 10. Setelah selesai solar yang pertama, bolehlah membaca surah Ad-Dhuh

KETAGIHAN INTERNET PENYAKIT ZAMAN KINI

Imej
Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum wrbt Hari ini kita sering melihat jarang sekali yang tidak pernah tidak mempunyai media sosial. Penggunaan internet bukan sahaja dikalangan dewasa bahkan ia juga turut digunakan oleh kanak-kanak. Menurut kajian, dalam masa dua dekad ini, penggunaan media sosial telah mencecah berbilion-bilion bilangannya diseluruh dunia yang cuma mempunyai 7.5 billion penduduk.  Bukan sahaja aplikasi telefon yang sangat menarik, bahkan model telefon ianya juga berubah dari masa ke semasa. Kecanggihan telefon ini secara tidak langsung menarik ramai pengguna dan seterusnya melekakan apabila kemudahan atau aksesnya laju dan berkualiti.  Selain mengundang kepada masalah penggunaan Internet secara tidal terkawal, ataupun dilabelkan sebagai Gangguan Ketagihan Internet atau Internet Addiction Disorder, IAD. Kepelbagaian akses internet bukan sahaja melalui komputer ataupon laptop, bahkan penggunaan internet juga boleh diguna oleh telefon pintar. 

TELOMERES DAN VIVIX

Imej
Assalamualaikum wrbt Kajian Klinikal Telomere Selain mengadakan kajian Landmark Study ke atas pengguna suplemennya, Shaklee turut memiliki Landmark Study kedua iaitu Kajian Telomere khusus terhadap penggunaan Vivix.Kajian ini dibuat ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun. Kajian dilaksanakan oleh pemenang Anugerah Noble Perubatan pada 2009, Dr Elizabeth Blackburn. Kali ini kajian adalah berkenaan bacaan terhadap DNA kita, hasil pengambilan Vivix. Apakah Telomere? Telomere adalah penanda aras biologi penuaan. Iaboleh menjadi kunci kepada penuaan dan kanser. Di dalam sel kita ada nukleus, gen kita terletak di dalam molekul berpintal DNA disebut sebagai kromosom. Di hujung kromosom DNA kita ada pelindung yang disebut sebagai telomere. Ia melindungi data genetik kita, dimana ia boleh membahagi dan memegang maklumat bagaimana kita menjadi tua, bagaimana kita mendapat kanser dan sebagainya. Umpama hujung cap plastik pada tali kasut, telomeres meng

BANGUN AWAL PETANDA ORANG YANG BERJAYA

Imej
Assalamualaikum wrbt Senario masyarakat hari ini jika kita dapat lihat ramai yang bangun awal pagi. Terutama bagi mereka yang tinggal di Ibu kota. Diantara sebab bangun awal ialah tidak mahu bersesak di jalan raya. Tapi ada kebenarannya, jika hidup dikota, sesiapa yang lamb at pasti akan ketinggalan.  Sebenarnya bangun awal pagi, adalah sifat orang yang berjaya. Mereka yang bangun seawal pagi akan meningkatkan produktiviti di siang hari. Buktinya bekas Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama yang bangun seawal 4.30 pagi. Malahan isterinya juga bangun awal semata-mataahu bersenam sebelum anak-anak yang lain terjaga.  Waktu pagi adalah waktu yang dapat membekalkan tenaga dan kita secara tidal langsung lebih optimistik dan bersedia untuk menangani tugasan yang tersedia. Bukan sahaja bekas perdana menteri itu, bahkan golongan yang berjaya ini mengetahui betapa berharganya masa. Mereka bukan sahaja melihat betapa siang terkadang tak sedar masa berjalan. Itu sebab kebanya

8 AKTIVITI MENARIK YANG MAMPU MERANGSANG MINDA KANAK-KANAK

Imej
Bismillah Assalamualaikum wrbt Dalam mendidik anak-anak, kekadang kita perlu menjadi kreatif. Kepelbagaian aktiviti ini bukan sahaja mampu merangsang ketajaman otak anak-anak bahkan dapat mengeratkan kasih sayang antara Ibu bapa dengan anak-anak. Yang penting aktiviti pembelajaran yang kita mahu kenalkan pada kanak-kanak mestilah mudah dan sesuai dengan peringkat umur mereka. 1. Bentukkan Haiwan Kesukaan  Kita boleh merangsang ketajaman akal anak anak melalui binaan bentuk haiwan, rumah, kereta, bunga dan banyak lagi.  2. Origami. Kanak-kanak mesti sukakan kertas. Jadi, apakata kita duduk bersama kanak-kanak dan hasilkan origami kertas. Kepelbagaian ini bukan sahaja meningkatkan imiginasi anak tetapi turut meningkatkan kognitif otak kanan kekal aktif. Boleh juga merujuk kepada buku oriagami yang banyan di pasaran.  3. Bercerita. Kekadang kita juga ajak kanak-kanak bercerita. Hargai kepelbagaian cerita mereka dengan ucapan penghargaan, tepukan dan hadiah

SYUKUR, NIKMAT YANG PERLU KITA HADIRKAN

Imej
B ersyukur itu sangat sukar untuk dilaksanakan. Sukarnya rasa syukur itu ditegaskan melalui Furman Allah SWT yang bermaksud," Sangat sedikit saripada kalangan hambaKu yang bersyukur ," Surah An Naba' ayat 13. Secara umumnya sifat syukur ini mesti ada pada setiap manusia. Ia salah satu sifat mahmudah yang wajib bagi setiap mukallaf. Manusia yang tidak mahu bersyukur dianggap tidak mempunyai adab kepada manusia umumnya..kepada Allah apatah lagi. Sekiranya rasa syukur itu kita buat-buat lupa. Oleh sebab itu, Allah swt mendidik manusia supaya bersyukur. Sebagaimana dalam firman Allah swt yang bermaksud," Ya TuhanKu, tunjukkan kepadaku bagaimana mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada kedua ibubapaku. Jadikan amal perbuatanku sesuai dengan keredhaanMu dan berikanlah kebaikan kepadaku berlanjutan sampai keada ank cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadMu dan aku ialah orang yang berserah diri." (Surah Al-Ahqaf ayat 15) Pernah

MENU SALAD UNTUK PENGGEMAR DIET

Imej
Assalamualaikum wrbt Apa kabar?  H ari ini Kak Mai tetiba teringin nak cari resepi salad. Rupa-rupanya ada dua jenis salad iaitu salad sayuran dan salad buah-buahan. Selama ini faham hanya perkataan salad jer. Tak tahu fungsi salad yang sebenarnya baik bagi mereka yang mahukan berat badan dengan berkesan. Kiranya dalam salad itu mesti ada sedikit lemak, protein dan mesti cukup jumlah gizi yang diperlukan tubuh kita. Antara manfaat salad adalah rendah kalori, kaya dengan serat dan nutrisi penting. Rupanya makanan mentah ini lebih lambat diproses dan sekaligus memberikan anda lebih kenyang dalam tempoh yang lama. Salad buah-buahan dan sayuran banyan mengandungi air. Air ini amat penting untuk prose's metabolisma badan. Selain itu, salad yang kita makan mempunyai vitamin A,B,C dan mineral. Kiranya walau tengah berdiet, kita takkan kekurangan gizi. Okey, disini KakMai nak share menu salad. Nak tahu bagaimana, jom kita baca resepinya.  1. Menu Ikan Salmon Grill Bahan p

7 CARA UNTUK JADIKAN ANDA MUDA DAN PANJANG USIA

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wrbt U ntuk kekal sihat, kita seharusnya melakukan beberapa perubahan untuk kesihatan dan kebahagiaan bersama. Tabiat seperti merokok, jarang melakukan senaman, minum arak, tidak mengambil buah-buahan dengan secukupnya akan memberi impak kepada kesihatan badan. Di sini Kak Mai ada berkongsi 7 cara bagaiamana kita jadikan kita muda dan panjang usia. Kesihatan kita kan amanah Allah. Kalau sakit, siapa yang susah kan? Kita juga.. Okey, jom kita ikuti perkongsian kakmai: 1. Jangan Makan Berlebihan. Pernah kah dengar pepatah, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang? Mesti pernah kan. Sebaiknya kita makan sedikit dan tidak banyak kuantiti dalam satu masa. Secara logiknya, perut kita bekerja 24 jam. Tetiba dalam satu masa perut kita terpaksa berhempas pulas bertungkus lumus mencerna makanan yang kita makan. Bukan setakat pedas, masin, manis, pahit, masam dan banyak lagi. Itu tak termasuk cairan seperti air yang bergelen-gelen..anda

TIPS HADIRI BANYAK KENDURI TANPA RASA BERSALAH

Imej
Bila tiba cuti sekolah atau cuti panjang, perkara yang signifikan adalah kenduri, betul tak? Masa inilah dapat berjumpa sanak saudara, berjumpa kawan lama sambil berkongsi cerita dan khabar berita. Namun ada ada hang bertemu jodoh masa kenduri dan ada yang mengambil inisiatif untuk mencari wang saku masa ni..haa apa lagi part time catering la kann! Okey kita tinggal sebentar bab tadi, hehe. Jadi bila time macam nie selalunya dalam sehari pun paling sikit sehari sebuah. Dan ada yang menjangkau tiga hingga lima biji buah rumah. Tak pergi, rasa bersalah pulak. Kalau pergi, alamatnya habislah program diet selama ini.. Kakmai ada tips bagaimana nak atasi masalah ini. Jom kita baca bersama. 1. List Kenduri Hari ini. Sebelum pergi, senaraikan kenduri dan tempatnya. Ini membolehkan kita menyusun kenduri yang patut kita hadiri dulu kemudian baru lah yang lain menyusul. Boleh juga susun kenduri yang jauh dulu selepas itu barulah yang dekat-dekat dengan rumah.  2. Bawa air mi

JOM JEMPUT REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

Imej
Sedekah begitu sinonim dengan pemberian wang dan juga makanan. Namun sebenarnya definisi sedekah adalah luas. Setiap perkara perbuatan kebaikan yang kita lakukan merupakan sedekah. Seandainya perbuatan itu untuk kita dapatkan pahala dan imbalan dari Allah swt.  " Daripada Saidina Ana's bin Malik berkata Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku bail kepada kedua Ibu bapanya dan menghubungkan silaturahim dengan saudara maranya. Musnad Ahmad. " Sedekah Tidak Akan Mengurangkan Harta Saidina Abdul Rahman berkata bahawa Rasulullah telah bersabda," Aku bersumpah atas tiga perkara dengan nama Allah yang nyawaku ada dalam genggamanNya.  a. Harta tidak kurang dengan bersedekah b. Mana-mana hamba Allah yang dizalimi dan dia memaafkan, maka pada hari kiamat nanti Allah akan tambah kemuliaannya c. Sesiapa yang buka pintu meminta-minta daripada makhluk, maka Allah akan membuka pintu

RESEPI SERIMUKA DURIAN

Imej
Raja segala buah iaitu Durian sememangnya nama buah yang tidak asing lagi di Malaysia. Bukan sahaja rasanya yang lemak-lemak manis, mempunyai warna  inti yang berbeza bahkan isinya mampu memberi pelbagai rasa juga resepi yang sungguh lazat! Serawa Durian, Pulut Durian, Durian Crepe, Cekodok Durian, Bubur Durian dan banyak lagi. Tidak ketinggalan resepi kuih muih yang berasaskan durian antaranya ialah Serimuka Durian. Disebabkan keinginan untuk memakan serimuka durian makin menggebu, kakmai gigihkan juga search resepi ini. Resepi ini pun dah lama ada dalam gerobok henpon. Jadi untuk meraikan Resepi Legend nih, kakmai zahirkan disini... Resepi Serimuka Durian Resepi asal dari chef Asma Nordin cuma saya olah sikit cara buatnya... Bahan2 utk bahagian bawah: 500g beras pulut - rendam 4 jam 300ml santan 300ml air 2tsp garam Cara2: Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang (saya guna 9x9) bentuk 4 segi. Tuang santan yg sudah digaul dengan garam.  K

Vitalea For Children, Supplement kanak-kanak

Imej
Vita-lea for Children : Multivitamin Kanak-Kanak Terhebat Shaklee Abad Ini🎉🎉 Assalamualaikum dan selamat pagi uols! Asik-asik lar citer pasal supplement orang tua, kanak-kanak tak der ker? Ofkoslah ada dear☺. Dari setua usia hingga semuda usia, semuanya ada. Insyaallah boleh disembuhkan dengan izin Allah . Nutrien yang diperlukan berbeza mengikut peringkat usia, jadi tak hairanlah Shaklee merumus khas multivitamin untuk dewasa dan kanak-kanak.Menariknya mulitivtamin untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Vita-Lea For Children ini boleh dikunyah sahaja...tak cayer.. ============👶================ Kebaikan Vita-Lea For Children 🍓Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. 🍓Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. 🍓Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian. 🍓Turut diperkaya dengan kalsi

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Imej
Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh R ata masyarakat kini dapat melihat lambakan pil-pil supplemen mahupun vitamin dijual di farmasi, toko jamu mahupun di media massa. Supplemen ataupun makanan tambahan merupakan zat makanan mikro untuk membantu mengekalkan kesihatan kita sehari-hari.  "Perlukah kita mengambil supplemen sedangkan dalam pemakanan harian pun sayuran, buah-buahan turut menjadi pilihan?" Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan supplemen membantu kesihatan yang lebih baik bahkan ia membantu mengawal penyakit kronik menjadi semakin parah. Sebenarnya pemakanan kita seharian pon tidak mampu membekalkan nutrisi yang cukup.  Satu kajian yang boleh dijalankan oleh para saintis Shaklee mendapati bahawa pengamal supplement Shaklee mampu hidup lebih sihat berbanding yang tidak pernah mengamalkannya! Dan kajian ini dijalankan ke atas pengamal supplement lebih dari 20 tahun. Lama kan?  Begitu juga kajian ‘Nurses Health S

TIP MENDAPATKAN TIDUR NYENYAK DAN BERKUALITI

Imej
Seringkali golongan dewasa jarang mendapat tidur yang nyenyak. Kebanyakkannya hanya tidur kurang dari enam hingga tujuh jam dan ianya sudah menjadi kebiasaan kini. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kekurangan tidur dapat mengurangkan daya berfikir dan memproses maklumat. Selain menganggu prestasi kerja, ia juga menganggu kesihatan seperti meningkatkan serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi. Menurut National Sleep Faundation, waktu tidur yang berkualiti mengikut umur adalah seperti berikut: Bayi baru lahir  (0-3 bulan) : waktu tidur adalah antara 14-17 jam setiap hari Bayi (4-11 bulan) : 12-15 jam Bayi (1-2 tahun) : 11-14 jam Budak kecil (3-5 tahun) : 10-13 jam Pelajar Sekolah Rendah (6-13 tahun) : 9-11 jam Remaja (14-17 tahun) : 8-10 jam Remaja  (18-25 tahun) : 7-9 jam Dewasa (26-64 tahun) : 7-9 jam Dewasa (65 tahun ke atas): 7-8 hours Tidur yang berkualiti bukan sahaja amat baik untuk kesihatan bahkan bagus bagi meningkatkan daya

7 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU KETIKA ANDA SEDANG MARAH

Imej
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh Panas baran merupakan gelodak jiwa yang tidak tenteram. Perasaan ini biasanya tercetus apabila sesuatu yang tidak menyenangkan terjadi kepada seseorang individu. Setiap orang respon dengan perasaan berbeza apabila sesuatu yang tidak menyenangkan dan ada sesetengahnya marah. Namun sekiranya perasaan marah ini terlalu kerap dan mempunyai tahap kemarahan yang tertentu, seseorang itu berkemungkinan mempunyai masalah mental atau kecelaruan personaliti. Namun jika emosi marah ini berlaku sekali-sekala dan ada penyebab serta puncak yang jelas itu adalah normal.  Adakah anda tahu apa yang berlaku kepada tubuh badan ketika sedang marah? Apabila seseorang induvidu itu marah, dia sebenarnya sedang merosakkan TUJUH organ penting dalam tubuh. Mengejutkan?  1. Kulit. Apabila dilanda kemarahan, kandungan toksin dalam darah akan meningkat di bahagian otak, yang merangsang folikel rambut. Ini boleh mengakibatkan pe

Supplement Untuk Mengatasi Stress, Kemurungan dan Tekanan

Imej
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . R asa berdenyut-denyut di bahagian kepala, sukar untuk tidur nyenyak, sering pening kepala, mudah marah, makan berlebihan merupakan di antara gejala ataupun tanda-tanda seseorang mengalami stress. Menurut kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati tekanan perasaan bakal mengantikan penyakit kardiovaskular. Begitu juga kajian kesihatan dan mobiditi kebangsaan 2005 mendapati lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas menghidapi masalah mental. Ini menunjukkan bahawa penyakit mental iaitu stress ataupun tekanan makin meningkat dari tahun ke tahun. Dari itu, bagi anda yang tercari-cari supplement bagi mengurangi dan sekaligus mengatasi stress dan tekanan, KakMai akan cadangkan Set Anti Stress Shaklee. Dalam set ini terdapat B Complex, Omega Guard dan Ostematrix. 1. B Complex. Secara amnya, vitamin b complex merupakan vitamin yang perlu diambil oleh semua. Ini keerana vitamin

CARA MENANGANI STRESS

Imej
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. K orang pernah alami strees atau tekanan? Mesti pernahkan? Tidak kira dia seorang pelajar waima dia hakim negara, stress merupakan sesuatu yang mesti dihadapi dengan bijak. Tapi bagaimanakah caranya dan apakah solusinya..? Jom kita baca bersama.. Ramai diantara kita yang mengalami stress kemudiannya mengambil jalan lintas dengan meminum alkohol! Sebenarnya dia tersilap. Hakikatnya apabila seseorang itu meminum arak, dia telah menghilangkan kewarasan fikiran dan pertimbangan akal. Ini kerana di dalam alkohol terdapat sebatian stabil yang tergolong dalam kategori dadah. Sebatian ini akan menindas fungsi sistem saraf pusat, melambatkan tindak balas fizikal dan mental peminumnya. Bukankah di dalam Al-quran sendiri telah menyatakan pengharaman arak secara nyata?  Disini KakMai berikan 10 B cara mengatasi stress. Nak tahu apa B tu, jom kita baca bersama.. 1. BERSYUKUR:  Sebaiknya kita lafazkan rasa syukur,

SIMPTOM DAN TANDA PENGHIDAP STRESS

Imej
Sesat atau tidak, semasa kita stress badan kita akan mengeluarkan hormon ransangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam salur darah. Hormon ini akan bersama dengan beberapa hormon lain di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Sewaktu kita sedang juga, degupan jantung kita akan bertambah laju dan dalam masa yang sama, tekanan darah kita akan meningkat. Namun ianya dikira normal. Tetapi seandainya stress atau tekanan inj berpanjangan di dalam hi hpdup kita bahkan kita gagal dalam menguruskan stress kita maka ia akan bertukar dispres.  TANDA-TANDA UMUM STRESS Tanda umum stress terdapat kepada 4 bahagian iaitu:- 1. Fizikal Mereka yang sedang stress, selalunya akan keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutama kawasan bahu dan belakang, sebulan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan akan berpeluh. 2. Mental Mereka juga akan hilang tumpuan, mudah lupa, susah membuat keputusan, tidak boleh

APAKAH MAKSUD STRESS DAN PENYEBAB STRESS

Imej
Assalamualaikum wrbt dan Salam Satu Malaysia. Apa kabar? Jadi nie Kak Mai nak share tentang Apakah Maksud Stress dan Punca Terjadinya Stress. Stress boleh didefinisikan dengan keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan tidak terhadap sesuatu perkara. Menurut Dr Hans Selye, Pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan ini mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan bebanan yang menimpanya. Dr David B. Posen ( Lifestyle Caunselor dan Mengiktirafnya Stress) bebanan ini wujud dalam apa apa bentuk ancaman, cabaran atau apa apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.  Dari sudut bioligikal, ketika stress ini berlaku kalenjar adrenal menghasilkan hormon-hormon tersebut lebih dari yang seharusnya. Maka pada waktu ini kadar glukusa dalam aliran darah akan naik. Pada waktu ini hati terpaksa bekerja keras da