Catatan

SUPLEMENT UNTUK MENGATASI MASALAH PENYAKIT ARTHRITIS

Imej
SUPLEMENT UNTUK MENGATASI MASALAH PENYAKIT ARTHRITISArthritis merupakan penyakit yang tidak rasmi dan ia melibatkan sakit sendi atau penyakit sendi. Terdapat 100 jenis penyakit arthritis dan yang berkaitan. Penyakit ini menyerang tidak mengira umur, jantina dan kaum malah sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini. Negara Amerika merupakan tempat yang pertama dan lebih dari 50 juta dewasa dan 300,000 kanak-kanak yang mepunyai menghidapi arthritis. Selalunya wanita lebih mudah terkena dan ianya akan lebih mudah berisiko apabila umur semakin meningkat.




Terdapat beberapa gejala arthritis iaitu termasuklah bengkak, sakit, kekakuan dan pelbagai gerakan menurun.Mereka mungkin tetap sama selama bertahun-tahun, tetapi ianya bergantung kepada tahap seseorang menghidapi penyakit tersebut. Tahap arthritis yang teruk boleh menyebabkan kesakitan kronik, iaitu pesakit tersebut berketidakupayaan untuk melakukan aktiviti harian dan menjadikannya sukar untuk berjalan atau mendaki tangga. Arthritis boleh…

7 JENIS PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS

Imej
Definisi Rheumatoid Arthritis dan  7 Pemakanan Yang Disyorkan Bagi Pesakit Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis atau Artritis Reumatoid adalah keradangan pada sendi yang menyebabkan rasa sakit, bengkak dan kaku pada bahagian sendi (misalnya pada sendi kaki dan tangan).
Selalunya, keradangan ini akan menghancurkan jaringan sendi dan bentuk tulang. Kesan dari keadaan ini akan membataskan aktiviti seharian, seperti sukar untuk berjalan dan menggunakan tangan. Ianya akan menyebabkan bengkak dan rasa ngeri. Adakalanya ia juga akan merosakkan kulit, mata, paru-paru, jantung, dan pembuluh darah. Akhirnya, rheumatoid arthritis dapat menyebabkan kecacatan sendi


Makanan yang dapat membantu dalam mengawal Rheumatoid Arthritis Terdapat beberapa makanan yang dapat membantu mengawal penyakit Rheumatoid Arthritis. 1. Ikan Terdapat beberapa jenis ikan yang kaya akan asid lemak omega-3, dapat membantu mengurangkan protein C-reaktif (CRP) dan interleukin-6, dua protein peradangan dalam tubuh.
Omeg…

APAKAH PENYAKIT ARTHRITIS, PUNCA GEJALA TERJADINYA PENYAKIT INI DAN CARA MENGUBATINYA

Imej
APAKAH PENYAKIT ARTHRITIS, PUNCA GEJALA TERJADINYA PENYAKIT INI DAN CARA MENGUBATINYA Secara umumnya, Arthritis merupakan satu penyakit yang berkaitan dengan sendi tulang dan biasanya penyakit ini akan menyerang lelaki dan wanita yang berumur lebih 55 tahun. Pesakit yang mengalami masalah penyakit ini akan mengalami sakit dan bengkak di bahagian sendi sehinggakan bahagian tersebut menjadi terlalu sakit dan perit.


Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, ianya akan menyebabkan kita sukar menjalani kerja harian. Terdapat  beberapa jenis arthritis  iaitu :
Osteoarthritis (OA) : Osteoarthritis merupakan penyakit yang sering terjadi pada tulang rawan di bahagian sendi. Dimana jika tulang rawan hancur, otot (ligamen) dan bahagian lain dari sendi akan berasa sakit apabila tubuh bergerak.
Rheumatoid Arthritis (RA) : RA adalah sejenis keradangan arthritis di mana lapisan cairan yang melindungi sendi mengalami bengkak dan sakit. Jika tidak dirawat, bahagian tersebut akan menyebabkan kelainan pada …

KEISTIMEWAAN SUPPLEMENT SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE YANG WAJIB KITA KETAHUI

Imej
KEISTIMEWAAN SUPPLEMENT SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE YANG WAJIB KITA KETAHUI
Melihatkan warna oren, mesti kita teringatkan buah oren kemasaman sitrus yang mengecurkan air liur. Memang tidak terasa sebiji demi sebiji waktu mengunyah isinya itu. Selalunya kita amalkan buah oren ini untuk kecantikkan kulit, mengatasi sembelit dan menjaga badan. Cuma tak cukuplah sebiji jer untuk memenuhi syarat makan buah oren dan sekurang-kurangnya mesti lebih dari bilangan 1.


Sebenarnya ada cara lain untuk kita lebih JIMATkan masa memakan buah ini dan dalam masa yang sama kita dapat BONUS serta manfaat yang berbaloi! Nahhh bagaimana tu?
KHASIAT SR VITA C SHAKLEE YANG BERBALOI
Vitamin C yang dimaksudkan ialah keluaran Shaklee yang diperbuat 100% dari bahan semulajadi. Ianya dihasilkan dari ekstrak kanji jagung dan buahan citrus. Apa yang istimewa vitamin C ini ianya menggunakan teknologi pelepasan secara berperingkat. Maksudnya dalam sebiji tablet mengandungi 500mg, setiap 1 jam sebanyak 100mg dilepa…

CARA PULIH DAN KUATKAN TULANG PATAH SECARA SEMULAJADI

Imej
TIP MEMULIHKAN TANGAN PATAH SECARA SEMULAJADI
Alhammdulillah hari ini dapat berkesempatan menulis dalam blog. Cuaca hari ini boleh tahan teriknya namun sempat saya baru scroll fb tadi, jiran kita, Indonesia sedang mengalami letusan Gunung Berapi di Soputan. Teruk jugak keadaan mereka, perasaan risau, sedih dan ketakutan mesti bermain di fikiran. Takziah juga buat mereka di sana. Semoga mereka selamat kesemuanya dan dipermudahkan segala urusan.
Ohh ya, hari ini Mai ingin berkongsi cerita dan juga pengalaman pada tahun 2017. Apa tu, jeng jeng jengggg. Sudi-sudikanlah membacanya ya..




Alkisahnya pada 30 April 2017, tempat kerja Mai mengadakan pertandingan sukan bowling antara cawangan. Jadi nak dijadikan cerita, semasa bermain entah bagaimana masa menghayunkan bola, tetiba jer dah terduduk atas ‘line’ tu sambil keadaan tangan kanan menahan badan semasa jatuh. Punyalah malu tak tahu nak story bagaimana kahkah. Macam nangka busuk pun ya. Jadi bila terjatuh, terus terasa sengal bisa di pergelan…

KENALI BENTUK GANGGUAN SEKSUAL DAN KESANNYA TERHADAP MANGSA

Imej
KENALI BENTUK GANGGUAN SEKSUAL DAN KESANNYA TERHADAP MANGSA

Dunia kini semakin pesat membangun seiring dengan ledakan teknologi canggih. Kebanjiran teknologi yang kian membanjiri serata tempat bukan sahaja memudahkan penyampaian maklumat bahkan ia turut menjadikan perjalanan aktiviti harian lebih sistematik. Namun sayangnya, dalam arus kemodenan yang semakin pesat, terdapat segelintir sikap yang masih mundur dari segi akhlak dan sebagai contohnya gangguan seksual. Aktiviti tidak bermomral iniboleh berlaku di mana saja seperti di tempat kerja, pasaraya, tempat terbuka, pusat pengajian dan banyak lagi..




Apakah jenis-jenis gangguan seksual tersebut dan apakah kesan terhadap mangsa tersebut?

Definisi Gangguan Seksual
Menurut Wilson 1 (1995), beliau mendefinisikan gangguan seksual adalah disebabkan oleh perlakuan pekerja lelaki yang berbentuk seksual. Gangguan seksual ini termasuklah kelakuan yang tidak dikehendaki, bersiul, pergerakan berisyarat seksual, fizikal (tidak seestinya sentuhan), u…

7 TIP CARA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

Imej
7 TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya. Sudah tentunya sekarang anak-anak sedang berhempas pulas menghadapi peperiksaan UPKK, PT3 dan tidak lama lagi SPM dan akhir sekali STPM akan menjelang. Masing-masing mesti berusaha sebaik mungkin untuk melepasi ‘target’ yang ingin dicapai. Justeru, tidak terlambat untuk saya mendoakan agar adik-adik dapat menjawab dengan tenang dan tidak lupa pelajaran yang telah diulangkaji. Yakin dan Pasti “AKU PASTI BOLEH!” jawab peperiksaan ni dengan BERJAYA.




Bukan sahaja adik-adik, ibu bapa sudah tentunya antara yang turut risau apabila setiap kali peperiksaan anak-anak menjelma. Bak kata orang, tidur tak lena, duduk tak betah maca kucing nak beranak ! Hrmm beginilah perasaan seorang ibu bapa terhadap anaknya. Tetap risau akan anaknya walaupun anaknya biasa-biasa ajer.
Sebelum menduduki peperiksaan, jom kita teliti 7 Tip Cara Menghadapi Peperiks…