Tips Menangani Anak Degil
SEBAB DAN CARA ATASI ANAK DEGIL

Inginkan perhatian
Selalunya anak yang jarang bersama ibu dan ayah mereka akan terasa kesunyian. Jadi dengan cara memprotes dan melakukan pelbagai aksi yang sudah pastinya membangkitkan kemarahan ibu ayah adalah salah satu cara anak-anak untuk memberitahu perasaan mereka. Apabila ini terjadi, pergi ke arah anak, dan cuba tanya mengapa dan sebab bertindak demikian. Walaupun mereka pada mulanya, anak-anak akan mengamuk sebentar namun percayalah dengan sentuhan lembut dan pelukan ibu dan ayah, akan mendapat reaksi positif daripada anak.
Selami jiwa anak-anak
Kehidupan seharian menjadikan masa kita untuk bersama keluarga agak terhad. Dari rasa kesunyian, adakalanya mereka akan menjeruk rasa karana ketiadaan ibu bapa melayani jiwa dan kehendak mereka. Jadi, cuba luangkan masa walaupun seketika untuk bersembang dan bertanyakan aktiviti harian mereka. Ini akan menjadikan anak akan rasa lebih dihargai dan menghormati ibu dan ayah mereka.

Pemakanan
Dunia hari ini, pelbagai jenis makanan dan minuman dijual. Dari sekecil-kecil makanan ringan sehinggalah makanan dalam bekas yang besar Dalam pada itu, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, wajib memastikan pemakanan yang dimakan oleh anak adalah berkhasiat. Elakkan makanan segera, berkarbonat dan gula-gula kerana sedikit sebanyak ianya akan menganggu sikap dan pertumbuhan anak-anak. Kerapkan jamu anak-anak dengan makanan sunnah seperti kurma, kismis, delima, sayur-sayuran dan sebagainya. Pemakanan yang terbaik akan turut menyumbang kepada sikap dan cara pemikiran anak- anak.

Amalkan ayat syifa
Dengan mengamalkan ayat pelembut hati dari surah Taha ayat 1-5 setiap kali memasak, al insyirah, al fatihah dan sudah semestinya seluruh ayat al-quran juga merupakan ayat syifa. Caranya dengan memasangkan ayat al-quran setiap kali masa lapang atau semasa tidur. Mengapa? Kerana pabila kita tidur, ayat yang dipasang bukan sahaja menjadi ruqyah kepada ahli keluarga tetapi mendatang kesan positif pada anggota badan kita. X percaya, cubalah hehehe..
Ulasan
Catat Ulasan