5 CARA TAMBAH SUSU BADAN

Susu ibu adalah susu terbaik

Qaisara : Dah macam-macam yang saya usahakan, berurut, makan itu, makan ini tetapi sus masih kurang. Bagaimana nak tahu susu itu kurang atau tak cukup?dari hari pertama hingga ketiga, susu masih kurang..jadi bagamana nak susukan bayi dengan susu yang sedikit?


        Demikianlah di antara keluhan yang biasa kedengan daripada ibu-bu yang baru melahirkan anak. Tahukah anda ianya merupakan kesalahan besar buat ibu. Ada juga yang beranggapan bahawa ada yang bertuah sahaja yang mampu menyusukan susu ibu kerana dia beranggapan dia taida susu dan tiada bekalan susu. Dan apabila bayi menangis, dia tidak mampu memberikan susu yang cukup. 

         Penyusuan 1 jam yang pertama adalah amat penting. Ramai yang beranggapan bahawa dia tidak memiliki susu lantaran tiada susu berupa cecair putih keluar.  KETAHUILAH, susu awal atau turut dikenali sebagai kolostrum yang keluar itu adalah dinamakan susu. Ia meruapakn susu yang sangat berkhasiat dan penting dalam membina antibodi si manja.

       Pedulikan kata orang yang mengatakan anda tiada susu. Ia bohong semata dan yang penting teruskan dan lakukan kekerapan penyusuan bayi. Makin banyak proses penyusuan, maka banyak susu yang akan dihasilkan. Disamping itu, anda mengambilkan makanan dan minuman bagi menambahkan susu dan ianya digalakkan mengambil sejak dari mengandung lagi.  biarpun begitu, makanan dan minuman bukanlah pendorong susu mnjadi banyak tetapi mengosongkan payudara itulah kunci utamanya. 


Menyusu dapat menjalinkan hubungan yang erat antara ibu dan anak

1.KERAP MENYUSU


         Proses penyusuan adalah proses yang terbaik dan ianya adalah proses semulajadi yang mudah dikendalikan. Ianya mudah dikendalikan disamping perlu mempunyai ilmu-ilmu tentang amalan-amalan yang diyakini meransang, menambah dan meningkatkan penghasilan susu. Dan perlu diingatkan bayi yang baru lahir, perlu disusukan 10 hingga 12 kali dalam tempih 24 jam. INGAT! bekalan susu akan kurang jika masa penyusuan, posisi penyusuan dan bayi kurang disusukan.

2. AMALAN TRADISI


Petua orang lama, menambah susu adalah ulam-ulaman seperti pegaga, peria, betik, jantung pisang batu, lobak putih, ikan yu putih dan banyak lagi.

3. MAKANAN HERBA


Terdapat herba yang dikatakan dapat menambah susu iaitu halba dan jintan hitam. Caranya dengan membasuh halba tersebut dan diminum bersama kunyit dan gula melaka.

4. MINUM AIR IKUT KEPERLUAN BADAN


Selain herba, dengan meminum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari juga dapat membantu banyakkan susu.selain air kosong, ar kacang soya dan jus oren segar.  Susu soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ianya mengandungi kandungan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu. 


5. POSISI YANG BETUL


Dapatkan posisi yang betul setiap kali penyusuan. Paling 
utama dalam memastikan bayi dapat memekap dengan betul 
semasa penyusuan


Saya Maizatul Akmar bt Ishak 0136914700
Pengedar Shaklee Sg Udang, Masjid Tanah dan Area Melaka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer