7 JENIS PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS

Definisi Rheumatoid Arthritis dan  7 Pemakanan Yang Disyorkan Bagi Pesakit Rheumatoid Arthritis


Rheumatoid arthritis atau Artritis Reumatoid adalah keradangan pada sendi yang menyebabkan rasa sakit, bengkak dan kaku pada bahagian sendi (misalnya pada sendi kaki dan tangan).

Selalunya, keradangan ini akan menghancurkan jaringan sendi dan bentuk tulang. Kesan dari keadaan ini akan membataskan aktiviti seharian, seperti sukar untuk berjalan dan menggunakan tangan. Ianya akan menyebabkan bengkak dan rasa ngeri. Adakalanya ia juga akan merosakkan kulit, mata, paru-paru, jantung, dan pembuluh darah. Akhirnya, rheumatoid arthritis dapat menyebabkan kecacatan sendi



Makanan yang dapat membantu dalam mengawal Rheumatoid Arthritis

Terdapat beberapa makanan yang dapat membantu mengawal penyakit Rheumatoid Arthritis.

1. Ikan

Terdapat beberapa jenis ikan yang kaya akan asid lemak omega-3, dapat membantu mengurangkan protein C-reaktif (CRP) dan interleukin-6, dua protein peradangan dalam tubuh.

Omega-3 juga mengurangi kolesterol “jahat” (LDL) dan trigliserida. Tingginya kadar kolesterol LDL dan trigliserida (lemak dalam darah) membuat anda berisiko lebih tinggi untuk penyakit jantung.

Kita disarankan untuk mengambil ikan dua ke 3 kali seminggu setidaknya 3 sampai 4 ons ikan. Ikan yang kaya omega-3-termasuk markerel, salmon, tuna dan herring. Namun begitu, ikan salmon yang memiliki kandungan omega-3 tertinggi di antara semua ikan berminyak, iaitu 2 gram per 3 onz. Sama ada cara panggang, stim atau bakar ikan, apapun sesuai dengan cara dalam mengolah ikan cuma asalkan jangan digoreng untuk mengekalkan kandungan lemak sihatnya.

Jika kita tidak suka ikan atau sayuran? Minyak jagung, dan kacang soya yang kaya dengan pelbagai jenis asid lemak omega-3 adalah pilihan seterusnya. Penggunaan supplemen seperti minyak ikan Omega Guard Shaklee adalah salah satu cara bagi membantu memulihkan penyakit ini.


2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni

Dengan mengambil buah-buahan dan sayuran warna-warni adalah cara bagi memastikan kita mendapatkan semua nutrisi yang kita perlukan. Bahan kimia alami yang memberi warna pada buah-buahan dan sayuran mempunyai  antioksidan kuat sekaligus dapat membantu sistem imunisasi tubuh dan dapat membantu melawan keradangan.

Variasikan pengambilan buah 1 1/2 sehingga 2 cawan dalam setiap hidangan. Variasikan snek piring makanan dengan berbagai macam jenis buah beri — blueberry, ceri, blackberry, strawberi. Selain itu juga bayam, kentang, tomat, terong, kale dan brokoli dan paprika, nanas, buah-buahan sitrus (jeruk, grapefruit, lemon, limau), semangka, wortel, hingga keluarga bawang (bawang putih, bombay, bawang perai) adalah antara sayuran yang terbaik untuk membantu memulihkan arthritis.

Hasil kajian juga menunjukkan bahwa mendapatkan pengambilan vitamin dalam jumlah yang tepat dapat mencegah keradangan dan menjaga kesihatan sendi pada pesakit ini

3. Kacang, gandum, dan biji-bijian

Pengambilan kekacang dan biji-bijian seperti beras merah, gandum, oats, sereal, kacang merah, kacang pinto, almond, walnut, pistachio yang diperkaya dengan serat yang dapat membantu menurunkan kadar protein C-reaktif (CRP), tanda peradangan dalam tubuh. Selain itu, kacang dan biji-bijian juga dilengkapi oleh lemak, protein, asid folic, magnesium, zat besi, zinc, dan kalium. Kesemua ini kaya dengan manfaatnya bagi kesihatan jantung, otot, dan sistem imunisasi tubuh. Gandum juga mengandung selenium, antioksidan anti keradangan.

Antara manfaat lain dari makan biji-bijian adalah bahawa bahan ini memiliki serat yang mengenyangkan. Produk biji-bijian ini sekaligus dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandung lemak yang baik bagi kesihatan jantung, antioksidan dan oleocanthal, yang dapat menurunkan keradangan dan ngeri. Oleocanthal dalam minyak zaitun menghentikan reaksi bahan kimia yang menyebabkan keradangan, protein C-reaktif (CRP). Ubat antiperadangan (NSAID) seperti aspirin dan ibuprofen berfungsi melawan peradangan dengan mengawal tindak balas bahan kimia.

Pilih minyak zaitun extra virgin yang mempertahankan lebih banyak nutrisi daripada yang lain, kerana jenis ini melalui lebih sedikit tahap pemprosesan dan penyulingan.

Minyak zaitun merupakan pengganti yang sihat dan lazat untuk lemak dan trans. Lemak ini terdapat dalam makanan seperti susu, mentega, aiskrim dan daging merah berlemak. Lemak trans pula terdapat dalam banyak makanan panggangan yang diproses.

4. Teh hijau

Para penyelidik di University of Maryland dan Rutgers University mendapati gejala arthritis yang terdapat pada tikus makmal beransur pulih dengan cepat setelah penyelidik menambahkan teh hijau ke dalam air mereka selama satu sampai tiga minggu, dikaji dari Everyday Health. Teh hijau ini diperkaya dengan polifenol, antioksidan yang dipercaya dapat mengurangi keradangan dan memperlambat kerosakan tulang rawan. Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahwa antioksidan lain dalam teh hijau yang disebut epigallocatechin-3-gallate (EGCG) menghalang proses molekul penyebab kerosakan sendi pada penderita pesakit ini

5. Rempah-rempah (ketumbar, halia dan kunyit)

Para penyelidik di All Institute of Medical Sciences di New Delhi percaya bahawa ketumbar dapat membantu meringankan gejala kesakitan. Menerusi penyelidikan mereka yang diterbitkan dalam Indian Journal of Medical Research, dua kelompok tikus dengan gejala mirip arthritis disuntikkan dengan steroid dan serbuk ketumbar. Setelah 21 hari, kedua kelompok menunjukkan peningkatan.  Namun tikus yang disuntik dengan ketumbar memiliki penyurutan bengkak dan keradangan yang lebih baik daripada tikus yang disuntik steroid.

Kunyit mengandung curcumin, yang telah terbukti mengurangi keradangan hingga peningkatan sel. Para penyelidik di University of California mendapati enam percubaan ke atas manusia yang melibatkan kunyit dan mendapati bahawa rempah ini adalah agen antikeradangan yang aman dan efektif.

Halia telah lama dikenal karena kemampuannya untuk mengatasi masalah perut. Seperti kunyit, halia juga mengandungi bahan kimia yang berfungsi seperti ubat anti keradangan. Para penyelidik di Jepun menemui bahawa tikus dengan mempunyai arthritis  dapat pulih dengan cepat ketika diberi ekstrak halia merah kering.

Nutrisi yang tepat untuk rheumatoid arthritis

Antioksidan adalah senyawa yang membunuh radikal bebas yang merosak (molekul kecil yang dapat menghancurkan atom pembentuk sel-sel) dan mengurangi keradangan. Beberapa antioksidan umum yang tidak asing di telinga adalah vitamin A, C dan E, dan mineral selenium.

Untuk memperlambat keradangan, kita memerlukan makanan yang kaya antioksidan. Makanan kaya antioksidan dapat mengurangi rasa sakit dan keradangan pada sendi yang terkena rheumatoid arthritis. Sayuran dan buah-buahan seperti bayam, kangkung, buah bit, blueberry, dan cranberry merupakan sumber antioksidan yang baik. Selain itu, kacang-kacangan, biji-bijian, teh hijau, anggur merah, dark chocolate, dan rempah-rempah tertentu seperti kayu manis, halia dan kunyit mengandungi banyak antioksidan.

Mengamalkan makanan dengan flavonoid


Anda dapat mengamalkan flavonoid dalam sayuran. Flavonoid berfungsi untuk mengurangi keradangan dalam tubuh dan membantu mengurangi rasa sakit akibat rheumatoid arthritis dan kebengkakan. Tambahkan makanan yang kaya flavonoid seperti buah, teh hijau, anggur, brokoli, dan susu soya dalam makanan anda. Coklat juga merupakan sumber makanan yang tinggi flavonoid. Kita dianjurkan untuk memilih dark chocolate kerana ianya rendah gula.

Keradangan pada jejari 


Hindari makanan menggalakan keradangan


Pastikan kita menghindari makanan yang dapat menggalakkan keradangan. Makanan berkarbohidrat yang telah diproses seperti tepung putih dan gula putih, makanan berlemak, atau makanan pedas sering menyebabkan keradangan.

Sayangnya, rheumatoid arthritis belum dapat disembuhkan. Namun, nutrisi yang tepat, gaya hidup skhat, serta rawatan doktor dapat membantu meringankan rheumatoid arthritis yang kita alami. Jika kita bercadang untuk mengamalkan supplemen, berbincang dengan doktor untuk info lebih lanjut.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer