TIP KUATKAN INGATAN

TIP KUATKAN INGATAN

Maaf la saat KakMai share tip ini line kejap ada kejap tiada. Macam chipsmore lagaknyaa..hu hu.

Namun insyallah tips ni Kak Mai share berdasarkan pengalaman dan juga pembacaan.

1. Betulkan niat. Kenapa niat? Kerana niat lah yang akan menentukan had atau setakat mana usaha kita. Begitu juga niat kita ini semoga dipermudahkan, insyaallah. Yang pastinya niat yang baik, pahala pon dah ditulis! Kalau sebaliknya...hehe belum ditulis selagi tak melakukannya..kan best!

2. Ulang isi kandungan berulang kali. Contohnya kalau dari segi hafazan, ulang ayat al quran surah Al baqarah dari 1-10 sebanyak 40x. Dan begitulah ayat seterusny sehingga 1 muka dan ulang balik ayat mula tadi sehingga akhir ayat muka surat td 10x.

Kalau dari segi fakta dan sebagainya pun macam tu juga. Begitu juga math, kena rajin latih tubi.

Fungsinya: melatih kemahiran INGATAN dan lidah terbiasa dengan ayat tersebut.

3. Jaga pemakanan. Seperti jeruk, organ dalaman dan jajan! Menumpulkan ingatan tau..

4. Boleh juga amalkan kismis dan supplement untuk kuatkan minda.

5. Mohon maaf kpd ibu bapa diatas setiap kesalahan kita. Sama sedar atau tak sedar. Dan minta agar mereka mendoakan kita agar dipermudahkan urusan, diberi ingatan yang kuat dan sebagainya..

6. Jaga adab kita dengan guru dan ibu bapa. Kerana adab kita akan mendapat keberkatan.

7. Amalkan doa2 penerang hati.

Ok setakat ni dulu KakMai share. Selamat beramal yer.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer