Resepi Daging Kambing Masak Lada Hitam

RESEPI DAGING KAMBING MASAK LADA HITAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera




Dah lama KakMai tak jenguk rumah alam maya nih..hehe. Agak sibuk ritu. Dan sejak dua tiga hari ini rasa nak menulis semakin kuat. Kekadang menulis pun boleh redakan stress kerja kan..tak gitue?

Ok jom sesambil cari idea menu apa nak masak, meh KakMai share resepi ringkas iaitu Daging Kambing Masak Lada Hitam. 

Bahan-bahannya ialah:

Untuk rebusan..
(a) Ofkoslah daging kambing sebagai pelakon utama..hihi. Kak Mai guna daging import yang dah siap dipotong. Selalunya ada dijual di pasaraya..
(b) halia 2 inci ( dipotong)
(c) bawang putih diketuk
Bahan ni masukkan sekali ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk.

Untuk tumisan..
(a) 2 biji bawang merah dimayang
(b) 1 bawang putih dicincang dadu
(c) 1 inci halia dipotong halus. Nak tumbuk 3 bahan diatas pun boleh, tak der hal..
(d) 4 cabai melaka hijau dititik
(e) 1 batang serai
(f ) lobak merah dipotong ikut suka 
(g) anak jagung dipotong serong
( h) serbuk lada hitam atau yang lada hitam yang dikisar sedang
( i ) 3 sudu besar sos tiram 
( j ) 2-3 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air rebusan daging tadi
( k ) garam dan gula secukup rasa
( l ) 2 sudu kicap

Cara membuatnya:
1. Rebus daging kambing hingga empuk dan potong nipis apabila telah sejuk.Air rebusan daging jangan dibuang yer
2. Masak bahan a,b dan c hingga naik bau. Kemudian masukkan serai dan cabai melaka. 
3. Setelah agak garing, masukkan lobak merah dan anak jagung yang telah dipotong tadi. Masukkan air rebusan sekiranya suka untuk lembutkan sayur. 
4. Selepas itu, masukkan daging yang dihiris tadi bersama lada hitam, sos tiram dan kicap. Masukkan juga air rebusan dalam 2 senduk. 
5. Masukkan air bancuhan jagung ikut kepekatan yang kita mahukan. 
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
7. Boleh juga di perahkan sedikit lemon dan hiaskan dengan daun bawang dan sup. 
*ni kes masak benda yang ader dalam peti ais jer, sebab tu tak der daun bagai..hihi*

Selamat mencuba yer😍😍

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer