7 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU KETIKA ANDA SEDANG MARAH

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh

Panas baran merupakan gelodak jiwa yang tidak tenteram. Perasaan ini biasanya tercetus apabila sesuatu yang tidak menyenangkan terjadi kepada seseorang individu. Setiap orang respon dengan perasaan berbeza apabila sesuatu yang tidak menyenangkan dan ada sesetengahnya marah.

Namun sekiranya perasaan marah ini terlalu kerap dan mempunyai tahap kemarahan yang tertentu, seseorang itu berkemungkinan mempunyai masalah mental atau kecelaruan personaliti. Namun jika emosi marah ini berlaku sekali-sekala dan ada penyebab serta puncak yang jelas itu adalah normal. 



Adakah anda tahu apa yang berlaku kepada tubuh badan ketika sedang marah? Apabila seseorang induvidu itu marah, dia sebenarnya sedang merosakkan TUJUH organ penting dalam tubuh. Mengejutkan? 

1. Kulit.

Apabila dilanda kemarahan, kandungan toksin dalam darah akan meningkat di bahagian otak, yang merangsang folikel rambut. Ini boleh mengakibatkan pelbagai keradangan yang mungkin menyebabkan pigmentasi dan ekzema. Bagi kaum wanita, bahagian uterus dan pengaliran di kalenjar susu akan terganggu dan bagi kaum lelaki, ia akan menyerang organ hati. 

2. Tiroid.

Kemarahan yang kerap boleh menyebabkan disfungsi seperti Hypertiroid.

3. Paru-paru.

Apabila seseorang wanita itu dikuasai emosi marah, mereka bernafas dengan laju. Dan ini menyebabkan alveoli mereka terus berkembang dan ianya membahaya kepada paru-paru.

4. Jantung.

Sebahagian besar darah mengalir dengan laju ke bahagian otak dan muka. Keadaan ini menyebabkan bekalan darah ke jantung akan berkurang. Degupan jantung yang tidak terkawal akan menyumbang kepada masalah jantung. 

5. Otak.

Apabila anda marah, sejumlah darah akan mengalir laju ke bahagian otak. Secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan di bahagian cerebral vaskular dan akan mengakibatkan toksin dalam darah. Seterusnya ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

6. Perut.

Kemarahan boleh merangsang sistem simpatik yang secara langsung memberi kesan kepada jantung dan saliran darah. Kemarahan juga akan mengurangkan aliran darah dan akhirnya menyebabkan ulser perut.

7. Organ hati.

Apabila seseorang itu marah, rembesan hormon katekolamin akan meningkat di dalam badan. Pada waktu ini, kandungan gula dalam darah akan meningkat, asid lemak akan terurai dan kandungan toksin dalam organ hati dan darah akan meningkat.

Jadi setiap kali emosi marah menjentik diri, ingatlah kesihatan diri anda. Hadapi dengan bijak dan hargai kehidupan anda dengan rasa syukur.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

7 JENIS PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS