OSTEOARTRITIS, PENYAKIT KERADANGAN SENDI

OSTEOARTRITIS, PENYAKIT RADANG SENDI
Bukan sahaja di Malaysia, bahkan penyakit ini meningkat kepada bilangan angka JUTA orang di seluruh dunia.

Walaupun penyakit ini tidak merbahaya seperti kanser, tetapi ianya akan menganggu sistem kehidupan seseorang. Bahkan osteoartritis ini berpunca dari sendi yang bersambung dan sendi tulang belakang yang dianggap penyakit alah tegal biasa. Peratus penghidap osteoartritis adalah 10-20% dikalangan orang dewasa dan bahagian yang paling kerap terkena adalah osteoartritis sendi lutut.

Perkataan "artritis" adalah "radang sendi" iaitu sendi yang sakit, yang terasa sakit apabila disentuh, agak kemerahan, membengkak dan ianya dikaitkan dengan kehilangan fungsi.

Perkataan Osteo pula berasal dari Greek yang bermaksud tulang. Terdapat lebih dari 100 masalah yang berkaitan sendi dan tulang penyambung. Dan kesemua penyakit ini diklasifikasikan mengikut jenis radang, jangkitan atau pendarahan.

Osteoartritis atau OA ini dikenali sebagai penyakit "degeneratif" yakni penyakit yang berhubung dengan peningkatan dengan usia. Adakala kesakitan yang dialami disebabkan oleh haus atau lusuh dalam jangka masa yang lama. Apabila tisu lembut yang melapisi pada sendi hilang, tulang yang bergeser antara satu sama lain akan terasa sakit. Biasanya penyakit ini menyerang lelaki pada usia lingkungan 45 tahun dan 55 tahun bagi wanita.

Sebenarnya rawan sendi ini boleh terbina semula dengan semulajadi. Tetapi dalam kes ini, ianya akan cepat musnah dari masa untuk membina rawan itu kembali. Jarang sekali yang mahu mengambil supplement untuk merawat penyakit ini. Kerana ramai yang berpendapat ianya penyakit orang tua dan tidak perlukan perhatian. Ini sebenarnya tanggapan yang silap kerana rawan yang rosak dan lusuh tadi perlu dipulihkan dan ianya mengambil masa mengikut keadaan seseorang.

Ingin impikan tulang yang sihat? Meh amalkan Set Tulang dan boleh dapatkannya melalui belian online KLIK DISINI ;

 KLIK SINI UNTUK BELIAN ONLINE


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

7 JENIS PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS