RESEPI SERIMUKA DURIAN
Raja segala buah iaitu Durian sememangnya nama buah yang tidak asing lagi di Malaysia. Bukan sahaja rasanya yang lemak-lemak manis, mempunyai warna inti yang berbeza bahkan isinya mampu memberi pelbagai rasa juga resepi yang sungguh lazat! Serawa Durian, Pulut Durian, Durian Crepe, Cekodok Durian, Bubur Durian dan banyak lagi. Tidak ketinggalan resepi kuih muih yang berasaskan durian antaranya ialah Serimuka Durian.
Disebabkan keinginan untuk memakan serimuka durian makin menggebu, kakmai gigihkan juga search resepi ini. Resepi ini pun dah lama ada dalam gerobok henpon. Jadi untuk meraikan Resepi Legend nih, kakmai zahirkan disini...
Resepi Serimuka Durian
Resepi asal dari chef Asma Nordin cuma saya olah sikit cara buatnya...
Bahan2 utk bahagian bawah:
500g beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam
Cara2:
Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang (saya guna 9x9) bentuk 4 segi.
Tuang santan yg sudah digaul dengan garam.
Kukus selama 30 minit.
** Setelah masak pulut..biarkan periuk kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu serimuka durian
Bahan2 utk lapisan atas (A)
140g tepung beras
60g tepung ubi
60g tepung gandum
140g gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water (saya guna air kapur)
2 biji telur
(B)
100g isi durian diblend dgn 100ml air (saya isi durian lebih sikit)
(C)
1tsp pewarna kuning telur
1/2 tsp kuning lemon
1/8tsp pewarna hijau (tak isi)
** tepung gandum ayak utk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik
Cara2:
Campur semua bahan2 A dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning.
Kacau rata.
Masak dalam periuk dgn api perlahan hingga naik wap.
Hendaklah selalu dikacau..dah nampak wap terus tutup api dapur.. adunan ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (utk mendapatkan permukaan yang licin)
Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ni.. saya tabur tepung gandum dlm bekas ayak ..tabur sedikit sahaja tp rata.. sebagai gam
Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan..Kukus serimuka ni selama 30-40 atau sehingga masak.
Cara saya : saya tak guna kain pengukus atau aluminium foil, setiap 5 minit saya akan buka tudung periuk dan lap supaya air tidak menitis..
tetapi jika nak bungkus penutup periuk kukusan dgn kain pun boleh takde masalah..citarasa dan kerajinan masing2...
satu lagi saya letak acuan lompang sebagai kaki untuk loyang kukus saya supaya wap panas tu menyekatakan serimuka tersebut
Tunggu sejuk betul baru potong utk dapatkan potongan kuih yg cantik.
*psst
penyebab kenapa permukaan serimuka tak licin adalah disebabkan masa kukus tu air wap jatuh pada permukaan kuih ..
Ulasan
Catat Ulasan