Jalan-Jalan Cari Makan di Mat Top Cendol Durian
Haaa tengah planning nak kemana-mana jer petang ni ker? Atau ada yang tahu nak makan apa di Kedah nie? Meh KakMai share tempat makan menarik iaitu Mat Top Cendol Pulut.
Jarak 6 kilometer dari Sungai Petani dan dalam 10 minit jer dari pasaraya Giant Sungai Petani. Kedai makan ni senang jer nak jumpa sebab ia terletak di tepi jalan raya. Dan bangunan dia hanya sebuah je ..hihi
Memang menarik dan selesa. Selain wakaf tempat makan yang luas, ada juga wakaf dibina tinggi sikit. Kiranya kalau nak privasi, boleh naik setapak dua tangga her. Keluasan tempat makan yang family corner, menu makanan yang sedap, view sawah padi dan yang paling best tandasnya luas. Puas hati laa kalau tertido dalam tandas tu hahaha.
Sebab kalau kakmai pergi makan, mesti tandas menjadi tumpuan dan jika bersih kiranya tokey kedai rajinlah kan. Kalau tak, faham-faham sajalah. Kekadang tu nak masuk tandas pon tak lalu..
Juga terdapat Surau bagi yang ingin menunaikan solat waktu. Macam rumah kecil gitew. Oklah kan. Tiap-tiap gerai ada tempat masaknya sendiri. Memang best lahhh.
Tenang kan? Pemandangan sawah padi yang sedang menguning...orang kampung saya panggil bendangl |
Jadi kalau yang berkesempatan, men singgah ke sini. Rasai keenakkan makanannya seperti cendol pulut durian ke sambil menikmati viewer yang cantik.
Salam sayang,
KakMai
Ulasan
Catat Ulasan