BANGUN AWAL PETANDA ORANG YANG BERJAYA

Assalamualaikum wrbt

Senario masyarakat hari ini jika kita dapat lihat ramai yang bangun awal pagi. Terutama bagi mereka yang tinggal di Ibu kota. Diantara sebab bangun awal ialah tidak mahu bersesak di jalan raya. Tapi ada kebenarannya, jika hidup dikota, sesiapa yang lamb at pasti akan ketinggalan. 



Sebenarnya bangun awal pagi, adalah sifat orang yang berjaya. Mereka yang bangun seawal pagi akan meningkatkan produktiviti di siang hari. Buktinya bekas Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama yang bangun seawal 4.30 pagi. Malahan isterinya juga bangun awal semata-mataahu bersenam sebelum anak-anak yang lain terjaga. 

Waktu pagi adalah waktu yang dapat membekalkan tenaga dan kita secara tidal langsung lebih optimistik dan bersedia untuk menangani tugasan yang tersedia. Bukan sahaja bekas perdana menteri itu, bahkan golongan yang berjaya ini mengetahui betapa berharganya masa. Mereka bukan sahaja melihat betapa siang terkadang tak sedar masa berjalan. Itu sebab kebanyakkannya akan bangun seawal sebelum matahari terbit dan melalukan banyaj perkara.

Tidur awal bukan sahaja memberi kesegaran pada badan tetapi dapat menghindarkan dari penyakit mental. Antara tip untuk mudah bangun awal pagi ialah jangan amalkan tidur disiang hari, tetapkan jam penggera, melakukan senaman ringan, elakkan meminum minuman berkafein dan mandilah dengan air suam bagi meregangkan otot. 

Seorang dewasa hanya perlukan enam hingga lapan jam sehari. Tetapi sebenarnya ianya bergantung pada setiap induvidu dan ianya berbeza. Jadi ia terpulang kepada anda untuk mengatur waktu rehat anda. Dan sebenarnya bangun awal waktu ini akan memberikan masa kita untuk beribadah kepada Allah set, bersendiri dan bermuhasabah. Oleh itu, tidur yang berkualiti dan bangun awal merupakan resepi khas bagi orang yang berjaya. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

7 JENIS PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS