SIMPTOM DAN TANDA PENGHIDAP STRESS
Sesat atau tidak, semasa kita stress badan kita akan mengeluarkan hormon ransangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam salur darah. Hormon ini akan bersama dengan beberapa hormon lain di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita.
Sewaktu kita sedang juga, degupan jantung kita akan bertambah laju dan dalam masa yang sama, tekanan darah kita akan meningkat. Namun ianya dikira normal. Tetapi seandainya stress atau tekanan inj berpanjangan di dalam hi hpdup kita bahkan kita gagal dalam menguruskan stress kita maka ia akan bertukar dispres.
Tanda umum stress terdapat kepada 4 bahagian iaitu:-
1. Fizikal
Mereka yang sedang stress, selalunya akan keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutama kawasan bahu dan belakang, sebulan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan akan berpeluh.
2. Mental
Mereka juga akan hilang tumpuan, mudah lupa, susah membuat keputusan, tidak boleh berfikir secara nasional, bercelaru dan tidak boleh bergurau.
3. Emosi
Perasaan mereka sering risau, sentiasa bimbang, sugul, selalu marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
4. Perangai
Apatah lagi mereka yang sedang stress sering keluh kesah, mereka selalu mengigit kuku, menggedikkan kaki, akan makan berlebihan dari biasa, merokok dan minum arak dalam kuantiti yang banyak. Selalunya mereka akan gemar maki namun orang lain, suka mengungkit kesalahan orang dan menyalahkan orang lain serta suka bertindak agresif.
Ada tak ciri-ciri stress pada anda? Kalau ada, anda sedang dilanda stress! Bagaimana hendak mengatasinya, insyaallah di tulisan akan datang, KakMai akan share lagi.
Salam sayang
Pengedar Shaklee Sungai Udang
Maizatul Akmar. 1065637.
Ulasan
Catat Ulasan