CARA MENANGANI STRESS
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Korang pernah alami strees atau tekanan? Mesti pernahkan? Tidak kira dia seorang pelajar waima dia hakim negara, stress merupakan sesuatu yang mesti dihadapi dengan bijak. Tapi bagaimanakah caranya dan apakah solusinya..? Jom kita baca bersama..
Ramai diantara kita yang mengalami stress kemudiannya mengambil jalan lintas dengan meminum alkohol! Sebenarnya dia tersilap. Hakikatnya apabila seseorang itu meminum arak, dia telah menghilangkan kewarasan fikiran dan pertimbangan akal. Ini kerana di dalam alkohol terdapat sebatian stabil yang tergolong dalam kategori dadah. Sebatian ini akan menindas fungsi sistem saraf pusat, melambatkan tindak balas fizikal dan mental peminumnya. Bukankah di dalam Al-quran sendiri telah menyatakan pengharaman arak secara nyata?
Disini KakMai berikan 10 B cara mengatasi stress. Nak tahu apa B tu, jom kita baca bersama..
1. BERSYUKUR:
Sebaiknya kita lafazkan rasa syukur, alhamdulillah. Tekanan juga suatu bentuk ujian dan tanda Allah kasihkan hambaNya. Allah swt tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuan hamba itu sendiri. Kalau tak der tekanan, sudah tentu kita akan sentiasa berada tahap yang sama.
2. BERNAFAS SECARA DALAM : Kita berada dalam satu mesyuarat hari ini dan yang tidak bestnya, kita dimarahi oleh bos kita dihadapan khalayak ramai! Uishhh stress gilee dah la malu sepasai!..huhuhu. Apakah tindakan yang sebaiknya dan patut kita buat ketika itu? Melawan balik atau ajak bertumbuk? Hehe
Waktu ini kita cuba untuk bernafas dengan baik dan tarik nafas dalam secara beberapa kali. Pernafasan yang baik bukan sahaja memberikan kita berfikir dengan waras tetapi baik untuk perjalanan oksigen ke jantung kita.
3. BERKATA RELAX LAH! : Cuba untuk bertenang sebaik mungkin. Sekiranya kita tengah berdiri, kita cuba ubah posisi untuk duduk.
4. BERIBADAT : Banyakkan ibadat apabila kita ditimpa masalah. Dekatkan diri dengan Allah ( bagi beragama Islam) dan banyakkan berdoa. Istighfar dan seumpamanya. Bukankah banyak berzikir dapat membuatkan hati kita tenang. Paling tidak pun buka youtube dan pasang zikir penenang hati, insyaallah hati pasti tenang.
5. BERKONGSI PERASAAN MAHUPUN MASALAH DENGAN ORANG YANG KITA PERCAYAI. Luahkan masalah dengan mereka yang dipercayai. Semoga dengan perkongsian dapat membantu meringankan diri kita dari tekanan yang sedang kita hadapi.
6. BERURUT. Percaya atau tidak dengan berurut boleh redakan masalah? Apabila kita sedang stress, urat kita sedang tegang dan dengan berurut boleh melembutkan urat tersebut..!
7. BERIBADAT. Apalagi yang kita mahu kan ketika ini adalah ketenangan. Dan ketenangan itu kita boleh diperolehi dalam beribadat. Insyaallah.
8. BERSENAM. Apakata apabila kita rasa serabut, kita luangkan sedikit masa dan pergi bersenam di taman. Berjalan kaki ker, berlari-lari anak atau pun mengikuti aktiviti senam di taman seperti taichi dan sebagainya. Badan berpeluh kita pun sihat, tak gitu?
9. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK. Aktiviti mendengar muzik yang bernada sentimental atau sebagainya sambil merehatkan badan boleh meredakan masalah kita.
10. BERFIKIRAN POSITIF. Berfikiran positif akan mendorong otak kita berfikiran waras. Menjadikan masalah sebagai satu cabaran dan cuba mengatasinya dengan cara-cara yang bijak dan terus.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita mengatasi stress dengan baik, insyaallah.
KakMai.
Pengedar Shaklee Sungai Udang, Melaka
1065637. 0136914700

Ulasan
Catat Ulasan