Secebis Kenangan Semalam

Secebis Kenangan Semalam (siri 1)





    Mesti ramai di antara kita mempunyai kenangan. Ada kenangan manis dan yang pahit untuk di ke nang, betul tak? Hehehe samala dengan KakMai. Sebenarnya kenangan mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan, mengenal gelagat dalam menangani karenah manusia yang pelbagai. Walau hakikat masa tu hanya Allah sajaa yang tahu betapa remuk rendam hati sendiri..

Kalau kita fikirkan, inilah hikmah yang Allah mahu berikan pada hambaNya. Berupa berbagai bentuk ujian. Sama ada kecik atau besar, berat mahu pun ringan. Semuanya Allah beri mengikut kemampuan hambaNya. Dan sebagai hambaNya, kita mesti bersangka baik dengan setiap qada dan qadar Allah.

Berbalik pada kenangan, kakmai ada satu kenangan. Kenangan yang tidak dapat dilupakan iaitu tragedi patah pergelangan tangan. Patah semasa bermain bowling bersama rakan di MIBC, Melaka. Ingat lagi tarikh keramat, 30 April 2017 jam 5.30 petang..haha.

 Masa tu ingatkan cuma terseliuh jer tapi bila tengok tangan yang mula membiru  dan nak pegang pon tak boleh apatah lagi rasa ngilu yang teramat, membuatkan hati ini terdetik. Namun tetap menidakkan bisikan hati. Sebolehnya KakMai pujuk hati masa tu..terseliuh barangkali😂

Sampai di Hospital Melaka bahagian kecemasan, setelah di x-ray dan di sah kan oleh pembantu perubatan. Memang tak disangkal lagi, bisikan tadi memang betoi. Keadaan masa tu, memang ramai. Apatah lagi dihujung minggu...nak bagitahu tanganku sakit yak amat..tengok kesakitan orang lain, ku sabarkan hati.

Namun, dalam menunggu giliran tangan di balut tiba-tiba tangan yang patah ini ditolak tiba-tiba..aduhhh ! Ku lihat yang pada yang menolak tadi, argghh cuma budak kecil yang tak tahu apa-apa..ya allah mengalir air mata yang ku tahan-tahan tadi..

Akhirnya pada jam 12.30 malam tersebut barulah tanganku dibalut. Itupun tak kulihat sepenuhnya bagaimana proses tersebut. Hanya melihat dari ekor mata sahaja..hihi seriau kott

Maka bermulalah kisahku bersama simen kapur selama 6 minggu. Insyaallah kakmai sambung disiri akan datang..hihi. Tetiba rasa lapar pula mengigit perut. Jangan jemu yer baca kisah KakMai..

Sweet Story By KakMai

4 Disember 2017
15 Rabiulawal 1439 Hijriah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

7 JENIS PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS