SYUKUR, NIKMAT YANG PERLU KITA HADIRKAN
Bersyukur itu sangat sukar untuk dilaksanakan. Sukarnya rasa syukur itu ditegaskan melalui Furman Allah SWT yang bermaksud," Sangat sedikit saripada kalangan hambaKu yang bersyukur," Surah An Naba' ayat 13.
Secara umumnya sifat syukur ini mesti ada pada setiap manusia. Ia salah satu sifat mahmudah yang wajib bagi setiap mukallaf. Manusia yang tidak mahu bersyukur dianggap tidak mempunyai adab kepada manusia umumnya..kepada Allah apatah lagi. Sekiranya rasa syukur itu kita buat-buat lupa.
Oleh sebab itu, Allah swt mendidik manusia supaya bersyukur. Sebagaimana dalam firman Allah swt yang bermaksud," Ya TuhanKu, tunjukkan kepadaku bagaimana mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada kedua ibubapaku. Jadikan amal perbuatanku sesuai dengan keredhaanMu dan berikanlah kebaikan kepadaku berlanjutan sampai keada ank cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadMu dan aku ialah orang yang berserah diri." (Surah Al-Ahqaf ayat 15)
Pernah pada zaman Saidina Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang berdoa " Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan yang sedikit!" Doa pemuda itu didengari oleh Saidna Umar yang ketika itu sedang tawaf. Lalu selepas tawaf, Saidina Umar berjumpa dengan pemuda itu dan bertanya," Kenapa Engkau berdoa sedemikian rupa, apakah tiada permintaan main yang engkau boleh mohin kepada Allah?"
Antara kata pemuda itu, "Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah." Mendengar jawapan itu, Saidina Umar berkata pada dirinya sendiri. "Wahai umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih slim daripada kamu."
MasyaAllah Saidina Umar seorang khalifah yang kita tahu keperibadiannya, ketangkasan dalam perang merintih kepada Allah. Doa yang walaupun biasa tetapi bisa menggerakkan hati kecil Saidina Umar.
Hanya yang berdoa untuk menjadi insan yang tahu nikmat Allah lalu dizahirkan melalui rasa syukur dibait-bait amalannya. Seperti Solat Sunat Dhuha, Sedekah dan sebagainya. Hanya yang bersyukur juga mendapat ketenangan di dunja dan di akhirat. Apabila seseorang memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kekayaan hati.
Sabda Rasulullah saw,". Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kekayaan hati. " ( Riwayat al-Bukhari)
Ulasan
Catat Ulasan