OPPSS JERAWAT

JERAWAT, KINI BUKAN MASALAH BAGIKU Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera Hening pagi hari ni kuhirup segar. Saat ku buka jendela tingkap, mataku tertancap pada pemandangan sawah bendang di dapan mataku, aduhai indahnya ciptaan Allah. Kicauan burung terbang bebas menyerikan lagi suasana ketika itu. Terpana ku seketika.. Keputusan untuk ku berhijrah telah ku beritakan pada keluargaku. Pada mulanya, Umi dan Abi tidak berapa bersetuju. Al maklumlah aku ni anak kesayangan mereka. Lalu saat ku menyakinkan mereka bahawa hijrahku bukan sia-sia tetapi kerana temuduga kerja yang hadiri pada minggu lepas telah berjaya, mereka akhirnya bersetuju. Lantas kenduri kesyukuran diadakan bagi menjayakan kejayaan ku itu. Wahhhh bahagianya rasa. Namun jauh disudut hatiku, timbul rasa rendah diri. Bagaimanakah penerimaan pekerja lama terhadapku? Adakah mereka menerimaku seadanya atau sebaliknya. Kalau setakat resume aku, semuanya 'cantik' dan 'bersih...