OBESITI

OBESITI

APAKAH DEFINISI OBESITI ?


Obesiti didefinisikan sebagai di mana lemak berlebihan yang terhimpun sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Seseorang itu akan dilabelkan OBESITI apabila indeks jisim badannya (BMI) yakni ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) dengan ketinggian seseorang yang dikuasa dua. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut :



 (              ) Berat kg

BMI =   --------------------------------------------------------

(Tinggi (m) x Tinggi (m)

  • BMI yang ideal adalah 20 hingga 25
  • Berat badan yang terlebih BMI adalah 25 ke atas 
  • Di antara 26 hingga 30 di anggap obes 
  • Manakala 35 hingga ke atas adalah obes parah


Sebagaimana yang kita ketahui, angka BMI ini mnjadi ukuran kuantitatif untuk mengenal pasti obesiti seseorang. Bagitupun indeks BMI ini menjadi peramal yang lemah bagi induvidu yang sangat cergas dek kerana seseorang itu memiliki otot yang lebih tinggi daripada induvidu biasa. jadi bacaannya lebih tinggi daripada normal walaupun badannya sangat besar. Indeks ini digunapakai bagi golongan dewasa dan tidak harus digunakan bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Obesiti juga merupakan peningkatan kepada penyakit kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obdtruktif, jenis-jenis kanser tertentu, osteoartrits dan asma. 

Obesiti seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan secara berlebihan, kurang aktiviti jasmani dan genetik. Pun begitu terdapat sebilangan kecil kes melibatkan gen, kecelaruan endokrin, pengubatan atau penyakit mental. 

Secara umumnya, orang yang obes menggunakan lebih banyak tenaga dari orang yang kurus kerana  banyak tenaga yang diperlukan bagi mengekalkan jisim berat badan yang kian bertambah. 

Malaysia merupakan tempat KEENAM di rantau Asia Tenggara untuk penyakit Obesiti selain kencing manis. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahya, terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan. Lalu apakah penyelesaiannya terhadapa masalah yang kian menruncing ini ? Nantikan di tulisan saya seterusnya...






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer