CARA PULIH DAN KUATKAN TULANG PATAH SECARA SEMULAJADI

TIP MEMULIHKAN TANGAN PATAH SECARA SEMULAJADI

Alhammdulillah hari ini dapat berkesempatan menulis dalam blog. Cuaca hari ini boleh tahan teriknya namun sempat saya baru scroll fb tadi, jiran kita, Indonesia sedang mengalami letusan Gunung Berapi di Soputan. Teruk jugak keadaan mereka, perasaan risau, sedih dan ketakutan mesti bermain di fikiran. Takziah juga buat mereka di sana. Semoga mereka selamat kesemuanya dan dipermudahkan segala urusan.

Ohh ya, hari ini Mai ingin berkongsi cerita dan juga pengalaman pada tahun 2017. Apa tu, jeng jeng jengggg. Sudi-sudikanlah membacanya ya..




Alkisahnya pada 30 April 2017, tempat kerja Mai mengadakan pertandingan sukan bowling antara cawangan. Jadi nak dijadikan cerita, semasa bermain entah bagaimana masa menghayunkan bola, tetiba jer dah terduduk atas ‘line’ tu sambil keadaan tangan kanan menahan badan semasa jatuh. Punyalah malu tak tahu nak story bagaimana kahkah. Macam nangka busuk pun ya. Jadi bila terjatuh, terus terasa sengal bisa di pergelangan tangan.

Tanpa berlengah, terus Mai minta kawan temankan ke hospital. Rupa-rupanya dari hasil x-ray yang dilakukan, Doktor Pakar tulang mendapati pergelangan tangan Mai patah. Allahu, segala perasaan bermain di fikiran. Yelah tangan kanan merupakan tangan buat kerja, bagaimanalah nak buat kerja dengan tangan patah. Doktor ada juga beritahu lagi yang seandainya tangan patah ini tidak dapat disambungkan secara manual, Mai kena masukkan besi ! ouuchhh sakitnyaa..

Memang Mai tidak dapat nafikan yang Mai ni jenis yang takut jarum. So, dalam masa 2 minggu untuk berjumpa semula dengan doktor, Mai terus cari ikhtiar cara untuk pulih dan kuatkan tulang secara semulajadi. Ada yang minta pergi bomoh patah, ada yang minta pergi bidan dan sebagainya. Bukan tak nak pergi tapi ai is seremmm bila teringatkan tangan dikepak bagai hahaha

Alhamdulillah, akhirnya Mai beli Set Tulang Patah Shaklee dan terus konsisten dengan pengambilan dos tinggi. Dalam set premium nih, terdapat Omega Guard, Ostematrix, ESP, Vivix dan Collagen. Apa yang bestnyer ialah Mai tak perlu risau bila terlebih dos. Ini kerana supplement shaklee telah diperakui selamat, diperbuat dari bahan semulajadi dan siap ada kajian landmark study.


Okey berbalik pada ikhtiar selama 2 minggu Mai bersama dengan supplement, tiba masanya Mai berjumpa Doktor semula. Berdebar, resah dan gelisah semua ada, serba tidak kena dibuatnya. Dan sebaik dengar butiran yang disimpulkan oleh doktor, syukur alhamdulillah. Walaupun ada sedikit keregangan tulang tapi yang gembiranya, terdapat pertumbuhan tulang di kawasan patah. Syukur sesangat sebab tidak perlu jalani pembedahan memasukkan besi. Cuma tangan Mai perlu disimen hingga ke paras atas siku bagi mengelokkan tulang yang patah.

Dalam masa cuti sakit, Mai usaha buat latihan tangan disamping mengambil supplement secara teratur. Biasalah masa cuti sakit, tempat tangan yang patah ini mengalami bengkak, sengal, gatal dan lenguh. Hanya yang mengalaminya faham bagaimana rasa tambah-tambah lagi kegatalan disebabkan simen tersebut. Jadi salah satu cara, Mai ambil supplement set patah ini lebih dari biasa contohnya seperti vivix yang berfungsi anti keradangan.

Hasilnya badan lebih bertenaga, kulit bertambah cantik dan hormon pon lebih stabil. 

Dalam masa yang sama, Mai dapat pelajari cara bertayamum sebagai mengharuskan solat waktu. Selama ini, kita cuma belajar jer dan sekarang praktikal terus amalkan selama 6 minggu bersimen. Syukur, asbab kemalangan patah ini meberi ilmu yang penting buat diri ini.

Bagi sesiapa yang mengalami patah tulang, Mai sangat syorkan ambil set patah tulang ini. Pulih dan kuatkan tulang dari dalam. Badan sihat, ibadah terjaga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer