7 TIP CARA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

7 TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya. Sudah tentunya sekarang anak-anak sedang berhempas pulas menghadapi peperiksaan UPKK, PT3 dan tidak lama lagi SPM dan akhir sekali STPM akan menjelang. Masing-masing mesti berusaha sebaik mungkin untuk melepasi ‘target’ yang ingin dicapai. Justeru, tidak terlambat untuk saya mendoakan agar adik-adik dapat menjawab dengan tenang dan tidak lupa pelajaran yang telah diulangkaji. Yakin dan Pasti “AKU PASTI BOLEH!” jawab peperiksaan ni dengan BERJAYA.




Bukan sahaja adik-adik, ibu bapa sudah tentunya antara yang turut risau apabila setiap kali peperiksaan anak-anak menjelma. Bak kata orang, tidur tak lena, duduk tak betah maca kucing nak beranak ! Hrmm beginilah perasaan seorang ibu bapa terhadap anaknya. Tetap risau akan anaknya walaupun anaknya biasa-biasa ajer.

Sebelum menduduki peperiksaan, jom kita teliti 7 Tip Cara Menghadapi Peperiksaan Dengan Cemerlang. Sebelum hendak menghadapi peperiksaan, kita mesti bersedia 4 perkara iaitu Mental, Fizikal, Rohani dan Emosi. Ya, kita mesti bersedia kesemuanya agar badan kita bersedia untuk berperang dengan tenang.

1. Jaga Kesihatan

Sebagai seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan, kesihatan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Tahap kesihatan yang merundum sudah pastinya adik-adik tidak dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik apatah lagi hendak mengingat segala nota-nota yang telah dibuat sebelum ini. Itu belum masuk nak mengira, tolak tambah, bahagi dan sebagainya. Semuanya perlukan kesihatan badan dengan baik bermula dari otak sehinggalah ke kaki. Untuk itu, adik-adik boleh amalkan supplement seperti minyak ikan sebagai ikhtiar untuk perkembangan otak yang baik.

2. Kunci Peperiksaan.

Ini bukan kunci kereta ataupun kunci rumah ya adik-adik. Ini kunci yang mesti adik-adik buat setiap masa iaitu JANGAN JEMU. Kenapa? Jemu merupakan musuh utama untuk berjaya. Tidak kira seseorang itu doktor, juruterbang, ahli muzik dan sebagainya, perkataan JEMU ini jangan sesekali dijemput masuk dalam minda. Takkan ada ubat atau supplement yang boleh hapuskan huruf J nih.

3. Merancang Peperiksaan Dengan Bijak

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang bijak. Dalam erti kata lain ialah Be Smart. Fuuhh speaking london, hihi. Oklah jom kita sambung. Bagaimana hendak menjadi perancang yang bijak?

A. Pelajar yang bijak adalah pelajar yang tidak membuang masanya walaupun sesaat. Lagi dekat tarikh peperiksaan, lagi kuat adik-adik akan membuat latihan mengingat dan mengulangkaji nota-nota yang buat khas atau dengan kreatif.

          Doa untuk tidak lupa Dalam belajar

Selain itu, tidur yang berkualiti dan amalkan pemakanan seimbang merupakan faktor penyumbang kepada adik-adik akan selesa sewaktu peperiksaan nanti.

B. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, tetapi pastikan adik-adik bersarapan dulu ya. Jangan tergesa-gesa ya, nanti akan menimbulkan tidak tenteram dan akhirnya akan menganggu konsentrasi semasa peperiksaan nanti. Jika perasaan gelabah datang, cepat-cepat tarik nafas dan tenangkan diri. Lakukan banyak kali dan perbuatan ini akan menyebabkan aliran oksigen dan darah ke jantung lebih normal.

C. Jangan sesekali berbincang dengan rakan-rakan tentang soalan yang telah dijawab tadi. Ini sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan adik-adik untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.

4. Kawal Perasaan Dengan Baik

Cuba elakkan adik-adik untuk bergaduh dengan sesiapa hatta adik beradik lebih-labih lagi kepada ibu bapa. Kenapa? Cuba adik bayangkan andai adik bergaduh dengan rakan sekolah, ini akan menyebabkan guru akan marah, kemudian ibu bapa akan turut sedih. Bukankah doa ibu bapa dan guru yang penting untuk jawab peperiksaan dengan tenang? Jadi apabila ini terjadi, sudah tentunya akan menganggu emosi dan perasaan adik-adik. Sekiranya adik tidak bijak mengawalnya, makanya sia-sialah usaha adik. Sedangkan peperiksaan ada banyak lagi untuk ditempuhi.

Banyakkan bersabar dan belajar kawal perasaan agar lebih tenang bila hadapi situasi begini. Teruskan fikir kata-kata positif dan resap perkataan tersebut setiap pagi. Contohnya, “ Aku akan lebih tenang hari ini, dan aku akan hadapinya dengan bijak.”

5. Tingkatkan Amalan Rohani

Sebenarnya amalan rohani bukan semata apabila menjelang peperiksaan sahaja. Ianya lebih cantik sekiranya amalan sunat seperti membaca al-quran, solat sunat hajat, istikharah dan sebagainya dilakukan dari awal. Umpama kita nak berjual beli, kalau pembeli tidak mengenali siapakah kita, adakah dia akan percaya dan beli barangan kita? Kalau beli pasti agar sukar pembeli hendak meletakkan kepercayaan keatas kita bukan? Nah adik-adik boleh fahamkan apa yang saya maksudkan.

Pohon restu ibu bapa dan mohon maaf atas semua kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Mohon dengan sepenuh hati agar ibu bapa memaafkan kita tanpa sebarang kesalahan yang asih tersisa di hati mereka.

6. Riadah.  

Beriadah boleh tetapi jangan sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya adik-adik akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Adik-adik hanya perlu beriadah selama 20 minit dan lakukan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Sekiranya adik-adik ingin bermain bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya, lupakanlah buat sementara waktu sehingga tamat pepriksaan nanti.

7. Berdoa dan Bertawakal.

Setelah segalanya adik-adik telah jawab dengan baik, serahkanlah segalanya kepada DIA. Yakin dengan apa yang telah adik-adik usahakan, berdoa dengan pengharapan agar usaha selama ini berbaloi. Insyaallah kejayaan akan milik adik. Selamat menjawab peperiksaan.

Amalkan doa ini ketika sujud akhir



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer