KENALI BENTUK GANGGUAN SEKSUAL DAN KESANNYA TERHADAP MANGSA

KENALI BENTUK GANGGUAN SEKSUAL DAN KESANNYA TERHADAP MANGSA


Dunia kini semakin pesat membangun seiring dengan ledakan teknologi canggih. Kebanjiran teknologi yang kian membanjiri serata tempat bukan sahaja memudahkan penyampaian maklumat bahkan ia turut menjadikan perjalanan aktiviti harian lebih sistematik. Namun sayangnya, dalam arus kemodenan yang semakin pesat, terdapat segelintir sikap yang masih mundur dari segi akhlak dan sebagai contohnya gangguan seksual. Aktiviti tidak bermomral ini boleh berlaku di mana saja seperti di tempat kerja, pasaraya, tempat terbuka, pusat pengajian dan banyak lagi..




Apakah jenis-jenis gangguan seksual tersebut dan apakah kesan terhadap mangsa tersebut?


Definisi Gangguan Seksual

Menurut Wilson 1 (1995), beliau mendefinisikan gangguan seksual adalah disebabkan oleh perlakuan pekerja lelaki yang berbentuk seksual. Gangguan seksual ini termasuklah kelakuan yang tidak dikehendaki, bersiul, pergerakan berisyarat seksual, fizikal (tidak seestinya sentuhan), ucapan yang berunsur seksual ataupun lucah, intimidasi (komen lucah mengenai pakaian, rupa atau perbuatan dan peras ugut seksual yang boleh digunapakai).

Di Malaysia, sungguhpun maklumat rasmi mengenai gangguan seksual tidak lengkap, namun masalah ini wujud dan sering diperbincangkan dalam media massa dan juga forum anjuran badan kerajaan dan bukan kerajaan.

JENIS GANGGUAN SEKSUAL

1. Gangguan Secara Lisan. Contoh perilaku seperti kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. 

2. Gangguan Secara Isyarat/ Bukan Lisan. Pandangan atau kerlingan yang isyarat/ bukan lisan inembayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan inakanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang meinbayangkan perlakuan seks dan lain-lain.

3. Gangguan Visual. Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan lain-lain

4. Gangguan Psikologi. Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan dan lain-lain.

5. Gangguan Fizikal. Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan dan lain-lain.



KESAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS MANGSA

Peristiwa gangguan seksual boleh mewujudkan suasana persekitaran tidak selamat dan tidak menarik. Mangsa gangguan seksual akan mengalami gangguan fikiran, perasaan takut apabila berseorangan, dan merasai lemah (powerlessness) apabila terserempak dengan pengganggu seksual yang berkenaan (Lussier, 1996).

Trauma emosi dan tekanan mental yang dialami oleh mangsa akan membuatkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap kerjaya atau belajar. Mangsa juga berkemungkinan besar akan membuat keputusan untuk terus berhenti sekolah atau bekerja. Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa gangguan seksual boleh menjejaskan kesihatan mangsa terbabit. Mangsa akan mengalami keresahan, tekanan, cepat naik radang dan lain-lain tanda tekanan kerja. Kepuasan kerja dan prestasi kerja mangsa juga akan merundum.

Langkah Untuk Menangani Gangguan Seksual Di Malaysia. 

Antara elemen penting dalam mekanisma tersebut ialah membuat satu kenyataan dasar dengan melarang gangguan seksual di dalam organisasi mahupun institusi. Begitu juga dengan mengambil inisiatif menerangkan definisi gangguan seksual dengan jelas, apakah maksud gambaran sebenar tentang gangguan seksual. Pertingkatkan peraturan disiplin dan hukuman terhadap pesalah dan juga terhadap mereka yang membuat aduan palsu.

Sebagai satu cadangan, wujudkan langkah-langkah perlindungan dan pemulihan kepada mangsa dan mengadakan program motivasi dan pendidikan kepada pelajar sekolah misalannya bagi memberi penerangan mengenai gangguan seksual. Ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual dan akibat buruknya kepada pelajar, pekerja di semua sektor dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak yang masih kecil, kita sebagai ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk melindungi diri apabila diganggu. Sebagai contoh, dengan latihan menjerit apabila diganggu orang yang tidak dikenali, terus berlari dari tempat tersebut, dan sentiasa berpesan agar anak-anak tidak berjalan atau merayau tanpa arah terutamanya bagi kanak-kanak perempuan.

Rumusan 

Gangguan seksual merupakan satu bentuk salahlaku yang serius walau di mana saja kita berada. Ia boleh dianggap sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalami gangguan emosi dan mental yang serius. Gangguan seksual juga tidak terhad di sesebuah institusi keluarga, sekolah, negara atau wilayah sahaja, tetapi merupakan fenomena sejagat. Masalah ini menjadi semakin serius dan perlu mendapat perhatian secara global terutama dari sudut kerohanian, kerana masalah ini merupakan masalah kita semua.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer