APAKAH PENYAKIT ARTHRITIS, PUNCA GEJALA TERJADINYA PENYAKIT INI DAN CARA MENGUBATINYA

APAKAH PENYAKIT ARTHRITIS, PUNCA GEJALA TERJADINYA PENYAKIT INI DAN CARA MENGUBATINYA

Secara umumnya, Arthritis merupakan satu penyakit yang berkaitan dengan sendi tulang dan biasanya penyakit ini akan menyerang lelaki dan wanita yang berumur lebih 55 tahun. Pesakit yang mengalami masalah penyakit ini akan mengalami sakit dan bengkak di bahagian sendi sehinggakan bahagian tersebut menjadi terlalu sakit dan perit.



Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, ianya akan menyebabkan kita sukar menjalani kerja harian. Terdapat  beberapa jenis arthritis  iaitu :

Osteoarthritis (OA) : Osteoarthritis merupakan penyakit yang sering terjadi pada tulang rawan di bahagian sendi. Dimana jika tulang rawan hancur, otot (ligamen) dan bahagian lain dari sendi akan berasa sakit apabila tubuh bergerak.

Rheumatoid Arthritis (RA) : RA adalah sejenis keradangan arthritis di mana lapisan cairan yang melindungi sendi mengalami bengkak dan sakit. Jika tidak dirawat, bahagian tersebut akan menyebabkan kelainan pada bentuk sendi.

Juvenile Rheumatoid Arthritis (JRA) : JRA juga merupakan di antara penyakit sendi yang menyerang pesakit seawal usia enam belas tahun dan ke bawah.

Benjolan pada sendi pesakit Arthritis

Penyebab Terjadinya Penyakit  Arthritis

Sendi merupakan sistem bahagian otot tulang tempat dua tiga tulang bertemu seperti lutut,  pergelangan kaki dan pinggang. Di setiap tulang ini dibaluti oleh tulang rawan yang berbentuk seperti span dan selaput nipis yang disebut sinovium yang mengeluarkan cairan sinoval. Cecair inilah yang membolehkan tulang bergeser antara satu sama lain.

Apabila cecair ini kurang, ia akan menyebabkan keradangan , kerosakkan tulang rawan, infeksi, penyakit autoimun. Antara faktor penyebab terjadinya penyakit ini disebabkan oleh keturunan genetik atau sejarah keluarg, kecederaan lama, alergik, melakukan kerja berat yang menyebabkan tekanan kuat pada sendi, kegemukan, dan penyakit autoimun.

Gejala-gejala utama Terjadinya Arthritis

Arthritis mengambil masa berminggu sehingga berbulan. Selalunya pesakit akan mengalami rasa tidak selesa pada badan dan seterusnya akan mengalami sengal-sengal, sakit sendi, bengkak dibahagian sendi dan demam. Rasa kebas, atau kurang deria rasa dan turunnya berat badan merupakan antara gejala lain arthritis ini terjadi.

RA atau Rheumatoid arthritis merupakan salah satu jenis yang akan menyebabkan mata merah, tulang patah, mulut kering, katarak dan benjolan pada jari. Selain arthritis, osteoporosis juga antara penyebab perubahan pada bentuk sendi, masalah tidur dan otot lemah.

Kaedah Rawatan Untuk Pesakit Arthritis

Kemajuan ilmu perubatan dalam merawat penyakit ini telah banyak mengalami kemajuan. Di antara beberapa rawatan bagi memulihkan penyakit tersebut ialah :

1. Aspirin untuk mengatasi gejala dan rasa sakit.
2. Terapi panas bagi mengurangi bengkak bahagian tersebut.
3. Pesakit disyorkan untuk berehat dengan secukupnya bagi memulihkan anggota sendi.
4. Sukan yang bersesuaian
5. Terapi cara kerja dan fisio
6. Pemakanan yang sihat
7. Mengurangi berat badan

Senaman Riben untuk Pesakit Arthritis 
Bagi pesakit RA, beberapa ubatan seperti  COX-2, glukokortikoid, antibiotik, siklosporin (ubat penahan sakit), dan ubat-ubatan biologis yang lebih baru seperti Enbrel (etanersep) dan Humira (adalimumab) adalah ubat-ubatan yang disyorkan kepada pesakit. Namun bagi pesakit dewasa yang lebih serius terdapat pilihan untuk melakukan pembedahan atau penggantian sendi.

Rujukan
Arthritis Foundation. http://www.arthritis.org
National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. http://www.niams.nih.gov/Health_Info/Arthritis

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer