12 Langkah Memudahkan Proses Bersalin Siri 1

      Saat melahirkan merupakan proses alami yang mesti dan WAJIB bagi wanita mengalaminya...bagi sesetengah wanita, mereka melaluinya dengan mudah dan segelitirnya perlu melalui rintangan cabaran kesakitan yang agak lama dan menyakitkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang yang bernama WANITA dan IBU..kesakitan yang dialami..Allah hadiahkan dengan kelahiran khalifah yang tidak ternilai harganya..Allahuakbar!!!


Anak anugerah tidak ternilai...


Di sini, terdapat tips-tips bagi memudahkan proses kelahiran..

1. Selalu bersenam
Senaman amat penting bagi kesihatan ibu dan anak yang dikandung. Apatah lagi anda sekarang berada di trimester yang ketiga. Lakukan senaman ringan selama 30 minit sambil mempraktikkan cara pernafasan. Latihan pernafasan ini amat penting untuk membantu ibu dalam proses menahan kesakitan dan meneran apabila kepala bayi sudah kelihatan.

2. Elakkan dari terlalu banyak berehat.
Elakkan dari duduk tanpa membuat sebarang pergerakkan badan.Ketika mengemas rumah, terdapat petua agar ibu yang megandung duduk mencangkung seperti itik. ini adalah kerana graviti akan meransang bayu untuk turun dan memudahkan proses bersalin. 

3. Jaga permakanan.
Diet pemakanan seimbang dan sihat ketika mengandung perlu dititikberatkan. Ibu yang baik akan memastikan segala pemakanan yang berkhasiat dan lengkap dengan keperluan zat pemakanan dalam sehari. Begitu juga dengan ibu yang mengandung disarankan agar banyak meminum air masak, buah-buahan, sayur sayuran termasuklah betik, tembikai, epal, oren dan sebagainya. 

4. Pemakanan sunnah.
selain buah kurma yang penuh dengan khasiat tenaga yang amat diperlukan ketika proses bersalin, anda juga disarankan agar turut mengambil madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan. Selain memudahkan proses bersalin, ianya juga dikatakan dapat mengelakkan bayi dari terkena jaundis.

5. Khatam Al-Quran ketika hamil.
Ada sesetengah wanita suka mengambil surah yang tertentu untuk diamalkan sepanjang kehamilan. saranan saya agar membaca Al-Quran tersebut sebanyak yang mungkin. Paling kurang, khatamlah sekali. 

6. Amalkan surah Maryam.
Ibu yang mengandung jangan culas membaca surah Maryam ini. Ianya amat penting dan juga membantu proses bersalin. Ada petua menyarankan agar sujud ketika sampai ayat tilawah dan berdoa agar dipermudahkan bersalin nanti. 

Sekadar ini dulu perkongsian saya...insyaAllah kita bertemu di next entry bagi sambungan tips atau langkah bagi memudahakn proses bersalin..tunggu tau!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer