12 Langkah Mudahkan Proses Bersalin SIRI 2

Keterujaan untuk menimbang cahayamata membuatkan hati ibu semakin tidak keruan menjelang hari kelahiran. Pelbagai perasaan bercampur baur, takut, resah, gembira, berdebar dan lain-lain. Semuanya kerana sebuah penantian yang ditunggu-tunggu. 





Ok, seperti yang dijanjikan siri 2 sambungan dari cara bagi menudahkan proses bersalin...

7. KERAP BERSAMA SUAMI
Pada saat akhir kelahiran, petua yang sering diperturunkan adalah kekerapan hubungan seks bersama suami. Doktor berpendapat air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh meransang kontraksi. 

8. BERENDAM SEBELUM KE HOSPITAL
Sebelum ke hospital, berendam dalam tab mandi berisi air suam dapat mempercepatkan proses bersalin. Jika tiada tab mandi, anda boleh menggunakan kolam renang plastik kanak-kanak bagi tujuan ini. 

9. PASTIKAN TENAGA MENCUKUPI
Tenaga yang mencukupi adalah penting sebelum anda memasuki bilik bersalin. Makan dan minum secukupnya bagi emnggelakkan anda lapar dan mudah letih sewaktu dalam proses bersalin.

10. POSISI BERSALIN
Anda boleh menggunakan sebarang jenis posisi yang dirasakan selesa tetapi hospital selalunya menggunakan cara melentang. Apa yang penting jangan hanya berbaring saja dan bawakan banyak berjalan-jalan di sekitar bilik anda.

11.  JANGAN MENERAN
Sebelum tiba masanya jangan sesekali meneran. Kawal pernafasan dengan menarik pernafasan secara mendalam dan hembus perlahan-lahan secara konsisten.

12. AMALAN DOA DAN AIR SELUSUH
Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan telah mencapai kandungan tujuh bulan keatas, di samaping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. selain itu sapu minyak selusuh mulai dari atas perut ke bawah, bagi bertujuan memudahkan bayi keluar apabila tiba masanya kelak..

PENAWAR SAKIT BERSALIN...

Bacaan "Subhanallah" diyakini memberi kesan dalam mengurangkan kesakitan. Selain itu, antara zikir yang digalakkan untuk menggamalkannya adalah seperti berikut,




" Ya Tuhan, Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat yang baik sempurna. sesungguhnya anda sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hambaMu."




"Tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang zalim."

Memperbanyakkan tasbih  Subhanallah,( Maha Suci Allah).

Mengamalkan surah An-Nahl ayat 78-90..

Juga Surah Al-Insyiqaq..

Semoga apa yang dikongsi dapat dimanfaat bersama..InsyaAllah...Aamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer