5 CARA LANGSING DAN SIHAT SELEPAS BERSALIN

PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN...OPPPSS!!!


     Pelbagai perubahan yang dialami oleh kaum wanita seperti berat badan naik, perut buncit dan mengeleber selepas bersalin. Memang menjadi impian bagi setiap wanita untuk menjadi kempis dan menawan. Umpama mimpi ngeri apabila dulunya perut ramping kini menjadi mengeleber akibat bersalin. Secara umumnya, lemak yang berlebihan menghalang pelepasan hormon yang mengendalikan nafsu makan. Malah ada segelintir yang mengambil jalan singkat untuk kembali langsing secara cepat tanpa memikirkan kesihatan bayi dan dirinya. 

Jom kita lihat bagaimana caranya:

1. Penyusuan susu ibu
Dalam tempoh pemulihan diri, anda WAJIB memberikan susu ibu kepada bayi anda yang ekslusif selama 6 bulan tanpa memberikan makanan tambahan dan susu formula. dan sebaiknya diteruskan selama 2 tahun. secara umumnya ibu yang menyusu akan merasa cepat lapar dan dahaga seusai meyusukan bayi. ini adalh kerana banyak kalori yang digunakan untuk menghasilkan susu ibu. para Ibu dinasihatkan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan rendah kalori. Penyusuan dan diet yang seimbang akan membantu menguruskan badan dengan cepat disamping dapat mengecutkan rahim.Anda juga digalakkan juga untuk mengambil pemakanan tambahan sebagai menggantikan kalori yang hilang semasa penyusuan bayi. Ianya bukan sahaja membantu pengaliran susu yang banyak tetapi sekali gus merampingkan badan secara sihat.

2. Bengkung
Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisplin akan membantu seseorang mengembalikan ke bentuk asal secara semualajadi. Pemilihan dan pemakaian bengkung yang betul mampu merampingkan bentuk ibu. Tujuan bengkung untuk memejalkan otot-otot badan, perut dan pinggul. Waktu yang sesuai untuk berbengkung adalah selepas mandi dan setelah diurut.  ulangi berbengkung pada sebelah petang  selepas mandi hinggalah keesokkan pagi. 

3. Bertungku
Amalan bertungku adalah amalan tradisional yang berfungsi untuk memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan darah beku bagi ibu-ibu selepas bersalin.Ianya juga dapat memeberikan kesegaran kepada ibu selepas bersalin. 

4. Pemakanan Seimbang
Dalam tempoh berpantang, ibu-ibu digalakkan mengambil pemakanan seimbang. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot yang mengeleber. Juga para ibu boleh mencuba beberapa pemakanan yang dapat menghasilkan hormon yang yang mengawal selera makan dan berasa kenyang. Antaranya ialah oat, cendawan, asparagus, bawang dan pisang. 

5. Sarapan Pagi
Dalam tempoh berpantang, jangan culas makan pagi . Makan dan minum perlu mengikut jadual bagi mengelak masalah lain seperti gastrik dan berangin. Hakikatnya dengan bersarapan dapat meningkatkan metabolisma dan menyebabkan pembakaran tenaga dengan lebih cepat. Dalam hal ini, ibu-ibu yang berpantang digalakkan mengambil makanan dalam kauntiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap.

RAHSIA AIR !!!
Kajian mendapati bahawa wanita yang minum dua gelas air sebelum bersarapan , makan tengahari dan makan malam akan mampu mengurangkan berat badan sebanyak 125 kg setahun. Ibu yang minum dua gelas sehari akan mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Elakkan dari bersulamkan air ketika makan kerana ianya akan memberi kesan buruk dan akan menambah lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat. 

Amalan tradiasional untuk mengempiskan perut adalah dengan cara menyapukan kapur pada perut. Caranya ialah beberapa hari selepas bersalin, ambil kapur sirih, perahkan sebiji asam limau kepada kapur sirih tadi. Lumurkan secara nipis pada perut ibu sehingga rata selama 44 hari secara berdisplin dan berturut-turut. 

kapur sireh dan limau 

Maizatul Akmar bt Ishak
No Tel : 0136914700
No ID : 1065637
Pengedar Shaklee Sg Udang, Masjid Tanah dan Area Melaka
Post Satu Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer