PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Bismillah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rata masyarakat kini dapat melihat lambakan pil-pil supplemen mahupun vitamin dijual di farmasi, toko jamu mahupun di media massa. Supplemen ataupun makanan tambahan merupakan zat makanan mikro untuk membantu mengekalkan kesihatan kita sehari-hari. 

"Perlukah kita mengambil supplemen sedangkan dalam pemakanan harian pun sayuran, buah-buahan turut menjadi pilihan?"



Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan supplemen membantu kesihatan yang lebih baik bahkan ia membantu mengawal penyakit kronik menjadi semakin parah. Sebenarnya pemakanan kita seharian pon tidak mampu membekalkan nutrisi yang cukup. 

Satu kajian yang boleh dijalankan oleh para saintis Shaklee mendapati bahawa pengamal supplement Shaklee mampu hidup lebih sihat berbanding yang tidak pernah mengamalkannya! Dan kajian ini dijalankan ke atas pengamal supplement lebih dari 20 tahun. Lama kan? 



Begitu juga kajian ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. Antara yang lain adalah pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. 

Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah  kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya. 



Terdapat juga testimoni pengguna Shaklee khasnya yang mampu sihat dan pulih dari penyakit kronik seperti gula tinggi dalam darah, strok, alzheimer dan sebagainya setelah mengamalkan supplement. Begitu kajian yang menyatakan pengambilan supplement mampu mendapat berat badan ideal hasil mengamalkan minyak ikan yang kaya omega 3, DHA dan EPA. Begitu juga yang berjaya menyingkirkan radikal bebas setelah mengambil supplemen yang tinggi antioksidannya. 

Secara ironinya dalam sehari, pemakanan kita banyak diperlbagaikan perisa tiruan, pengawet, perasa, lemak trans, gula yang berlebihan dan ini akan menganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam badan kita. Apatah lagi, tumbuhan dan binatang sekarang banyak disuntik untuk mempercepatkan tumbesaran dan untuk meningkatkan kualiti pengeluaran. Begitu juga penggunaan baja kimia seperti herbasid, pertasid dan sebagainya ke atas tanah. 

Walaupun dari satu sudut, ia merupakan pengeluaran yang optimum tetapi dari satu sisi lain ia telah menganggu kesimbangan alam. Secara tidak langsung ia turut menganggu kesihatan manusia.

Sebenarnya makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran seperti ulaman dan pengamalan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak merokok, minum ninuman beralkohol merupakan di antara cara untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan selain pengambilan supplemen.


Dengan pengambilan bukan sahaja memberi kesihatan kepada fizikal bahkan juga turut membantu emosi menjadi stabil seperti pengambilan vitamin B, minyak ikan, multivitamin, antioksidan, magnesium dan banyak lagi. Dengan pengambilan supplemen seseorang itu akan memberikan kesihatan optimum bukan sahaja untuk dirinya bahkan akan membahagiakan mereka yang tersayang, insyaallah. 

Ulasan

  1. Best NFL draft picks - Thakasino starvegad starvegad 다파벳 다파벳 카지노 카지노 5498El Yucateco Chile Habanero Red Scoville

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

Punca Penyakit Alzheimer