8 AKTIVITI MENARIK YANG MAMPU MERANGSANG MINDA KANAK-KANAK

Bismillah
Assalamualaikum wrbt

Dalam mendidik anak-anak, kekadang kita perlu menjadi kreatif. Kepelbagaian aktiviti ini bukan sahaja mampu merangsang ketajaman otak anak-anak bahkan dapat mengeratkan kasih sayang antara Ibu bapa dengan anak-anak. Yang penting aktiviti pembelajaran yang kita mahu kenalkan pada kanak-kanak mestilah mudah dan sesuai dengan peringkat umur mereka.



1. Bentukkan Haiwan Kesukaan 
Kita boleh merangsang ketajaman akal anak anak melalui binaan bentuk haiwan, rumah, kereta, bunga dan banyak lagi. 


2. Origami.
Kanak-kanak mesti sukakan kertas. Jadi, apakata kita duduk bersama kanak-kanak dan hasilkan origami kertas. Kepelbagaian ini bukan sahaja meningkatkan imiginasi anak tetapi turut meningkatkan kognitif otak kanan kekal aktif. Boleh juga merujuk kepada buku oriagami yang banyan di pasaran. 

3. Bercerita.
Kekadang kita juga ajak kanak-kanak bercerita. Hargai kepelbagaian cerita mereka dengan ucapan penghargaan, tepukan dan hadiah ringkas. Aktiviti bercerita bukan sahaja meningkatkan keyakinan bahkan membina daya imiginasi lebih tajam dan kreatif.

4. Bermain Teka-teki.
Caranya? Apakata kita letakkan barang dalam kotak dan dorongkan kanak-kanak meneka kandungan bekas itu. Tambahkan klu yang mudah dan senang diteka oleh kanak-kanak apabila mereka tidak berjaya tekaan kali pertama.

5. Bersahabat Dengan Gunting.
Berikan aktiviti menggunting kertas kepada kanak-kanak. Kita akan mendapati mereka sangat teruja apatah lagi dengan bentuk-bentuk yang mereka mahu bina. Dan semestinya peralatan gunting adalah selamat digunakan dan sesuai. 


6. Melukis.
Aktiviti yang paling seronok ialah melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja. Ini bukan sahaja menggelakkan mereka menconteng ditempat lain. Sekiranya mereka menconteng di dinding, tegur mereka dengan baik dan berhemah. 

7. Manik, Benang dan Straw.
Apakata sekali sekala berikan manik berwarna warni yang dimasukkan tali atau ke dalam straw minuman. Aktiviti ini pasti mengujakan dan ianya bukan sahaja meningkatkan otak kanan bahkan ketajaman penglihatan turut diasah.

8. Kad Imbasan.
Mula perkenalkan abjad atau nombor dengan menggunakan kad secara perlahan-lahan. Apabila kanak-kanak telah cekap, boleh tukarkan atau gerakkan kad itu secara laju, atas, bawah dan sebagainya. 

Mudahkan? Jadi apakata kepelbagaian permainan ini kita lakukan kepada kanak-kanak. Bukan sahaja mengujakan tetapi ianya amat baik untuk otak kanan bekerja keras. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer