TIP MENDAPATKAN TIDUR NYENYAK DAN BERKUALITI

Seringkali golongan dewasa jarang mendapat tidur yang nyenyak. Kebanyakkannya hanya tidur kurang dari enam hingga tujuh jam dan ianya sudah menjadi kebiasaan kini.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kekurangan tidur dapat mengurangkan daya berfikir dan memproses maklumat. Selain menganggu prestasi kerja, ia juga menganggu kesihatan seperti meningkatkan serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.



Menurut National Sleep Faundation, waktu tidur yang berkualiti mengikut umur adalah seperti berikut:

Bayi baru lahir  (0-3 bulan) : waktu tidur adalah antara 14-17 jam setiap hari
Bayi (4-11 bulan) : 12-15 jam
Bayi (1-2 tahun) : 11-14 jam
Budak kecil (3-5 tahun) : 10-13 jam
Pelajar Sekolah Rendah (6-13 tahun) : 9-11 jam
Remaja (14-17 tahun) : 8-10 jam
Remaja  (18-25 tahun) : 7-9 jam
Dewasa (26-64 tahun) : 7-9 jam
Dewasa (65 tahun ke atas): 7-8 hours

Tidur yang berkualiti bukan sahaja amat baik untuk kesihatan bahkan bagus bagi meningkatkan daya fokus

Bagaimana mahu mendapatkan tidur yang berkualiti? Antara tip yang boleh kita amalkan ialah:

1. Hadkan pengambilan kafein.


Kebiasaan mengambil minuman berkafein selalunya untuk yang mahu berjaga malam. Tetapi dengan cara ini sebenarnya akan menganggu tidur anda dan asyik terjaga. Jadi elakkan mengambil minuman empat hingga enam jam sebelum tidur. 


2. Bertenang sebelum tidur. 


Tekanan hanya akan membuat anda dalam sedih, stress sekaligus akan menganggu tidur anda. Jadi sebelum tidur, membaca bahan bacaan yang ringan, minum susu ataupun membaca Al-quran bagi yang beragama Islam. 

3. Bersenam.


Bersenam akan membuatkan badan kita mengeluarkan peluh dan akan memberikan tidur yang nyenyak pada siang hari. Jadi lakukan senaman pada waktu pagi dan elakkan senaman pada waktu malam bagi menggelakkan insomnia.


4. Bilik tidur yang tenang.


Bilik tidur yang tenang dan mendamaikan, bersih, tiada bunyi yang kuat akan memberikan tidur yang berkualiti. Cahaya yang terang akan menganggu pola tidur dan sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana ia akan mengundang risiko kanser dan sebenarnya tidur dalam bilik yang terang juga tidak baik dari segi perubatan Islam. 

5. Elakkan mengambil makanan berat sebelum tidur. 

Makanan yang berat hanya hanya akan memberikan gangguan kepada pencernaan usus. Sekiranya and a lapar, boleh ambil bijirin yang rendah kalori dan gula atau susu. Sekurang-kurangnya anda akan tidur dalam keadaan tenang dan tidak lapar. 

6. Elakkan tidur waktu siang. 


Tidur di waktu siang akan membuatkan anda akan terganggu pola tidur. Jika mahu tidur, cukuplah sekadar hanya hilangkan rasa kantuk. 

7. Jadual tidur yang tetap.


Pastikan anda tidur pada tetap waktu yang sama. Pastikan pencahayaan yang samar agar dapat tidur yang nyenyak. Dan biasakan tidur dalam keadaan badan sudah bersih dan berbau harum. Keadaan ini bukan sahaja menyenangkan hati anda bahkan ia juga turut memberikan aura positif pada insan disekeliling anda. Percayalah, anda mampu melakukannya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer