Jumaat, 29 Disember 2017

TELOMERES DAN VIVIX

Assalamualaikum wrbt

Kajian Klinikal Telomere

Selain mengadakan kajian Landmark Study ke atas pengguna suplemennya, Shaklee turut memiliki Landmark Study kedua iaitu Kajian Telomere khusus terhadap penggunaan Vivix.Kajian ini dibuat ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun.

Kajian dilaksanakan oleh pemenang Anugerah Noble Perubatan pada 2009, Dr Elizabeth Blackburn. Kali ini kajian adalah berkenaan bacaan terhadap DNA kita, hasil pengambilan Vivix.



Apakah Telomere?

Telomere adalah penanda aras biologi penuaan. Iaboleh menjadi kunci kepada penuaan dan kanser. Di dalam sel kita ada nukleus, gen kita terletak di dalam molekul berpintal DNA disebut sebagai kromosom. Di hujung kromosom DNA kita ada pelindung yang disebut sebagai telomere. Ia melindungi data genetik kita, dimana ia boleh membahagi dan memegang maklumat bagaimana kita menjadi tua, bagaimana kita mendapat kanser dan sebagainya.

Umpama hujung cap plastik pada tali kasut, telomeres menghalang kromosom daripada melekat antara satu sama lain yang mana maklumat genetik kita akan bercampur gaul menyebabkan kemungkinan kanser, penyakit kronik dan kematian.

Setiap kali sel membahagi, telomeres menjadi lebih pendek. Apabila telomere mendapat terlalu pendek, sel tidak lagi boleh membahagi dan menjadi tidak aktif atau “uzur” atau mati. Proses ini berkaitan dengan penuaan, kanser dan risiko kematian yang lebih tinggi.


Hasil Kajian Telomere

Hasil kajian mendapati kadar pemendekan telomeres bagi pengguna Vivix berumur 80 tahun adalah 40% lebih perlahan, iaitu sama dengan mereka yang berumur 35 tahun.  Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan dari penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

Kajian ke atas telomere pengguna yang mengambil Vivix mendapati kadar pemendekan telomeres mereka lebih perlahan. Kajian ke atas telomere pengguna berumur 80 tahun ke atas yang mengambil Vivix mendapati kadar pemendekan telomeres mereka lebih perlahan

Vivix berfungsi untuk memastikan telomeres kita sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas. Menurut kajian landmark Shaklee juga, telomeres pengguna Vivix adalah 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee.

Kesimpulannya, pengambilan supplement seperti Vivix khasnya mampu membaiki sel telomeres kita dari lebih teruk. Kesihatan adalah amanah jadi kitalah yang mesti menjaganya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan