7 CARA UNTUK JADIKAN ANDA MUDA DAN PANJANG USIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrbt

Untuk kekal sihat, kita seharusnya melakukan beberapa perubahan untuk kesihatan dan kebahagiaan bersama. Tabiat seperti merokok, jarang melakukan senaman, minum arak, tidak mengambil buah-buahan dengan secukupnya akan memberi impak kepada kesihatan badan. Di sini Kak Mai ada berkongsi 7 cara bagaiamana kita jadikan kita muda dan panjang usia. Kesihatan kita kan amanah Allah. Kalau sakit, siapa yang susah kan? Kita juga..

Okey, jom kita ikuti perkongsian kakmai:


1. Jangan Makan Berlebihan.

Pernah kah dengar pepatah, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang? Mesti pernah kan. Sebaiknya kita makan sedikit dan tidak banyak kuantiti dalam satu masa. Secara logiknya, perut kita bekerja 24 jam. Tetiba dalam satu masa perut kita terpaksa berhempas pulas bertungkus lumus mencerna makanan yang kita makan. Bukan setakat pedas, masin, manis, pahit, masam dan banyak lagi. Itu tak termasuk cairan seperti air yang bergelen-gelen..anda rasa perut kita bagaimana ya ketika itu? 

2. Lebihkan Buah-buahan.

Pemakanan yang baik adalah mengambil bush sebelum makan. Buah-buahanengandungi gula asli dan secara langsung perut dapat menerima cernaan yang baik untuk usus. Rasulullah saw pun mengambil buah-buahan sebelum makan tau. Buahan dan sayur-sayuran yang kaya serat, vitamin serta mampu merendahkan risiko penyakit jantung. Selain itu kita mampu meningkatkan antioksidan di dalam pemakanan sekaligus membantu mengurangkan kedutan di muka. 


3. Cari Kawan Yang Jujur dan Mempunyai Semangat Dan Aura Positif

Bukan kawan yang negatif tidak baik, tetapi secara alami kawan yang mempunyai nilai positif akan memberi impak pada kehidupan kita. Bukan sahaja mengelakkan kemurungan, bahkan mampu menghilangkan rasa kesunyian yang akan menyebabkan keradangan. 


4. Hubungan Suami Isteri.

Bagi pasangan Suami isteri, kekerapan melakukan hubungan Suami Isteri yang berkualiti mampu mengurangkan kalori badan selama 30 minit. Disamping itu, dapat merendahkan tekanan darah, memperbaiki masalah tidur, merangsang kekebalan tidur dan menjaga jantung untuk lebih sihat. 


5. Elakkan Dari Panas Matahari Yang Terik.

Salah satu cara mengelakkan kanser kulit ialah mengelakkan dari terdedah terlalu lama dibawah matahari. Ia juga mampu mencegah garisan halus di muka dan kedutan. Boleh juga menggunakan SPF 30 ataupun pelindung matahari yang selamat dan semulajadi. Cahaya yang berlebihan bukan sahaja memberi kesan pada kulit wajah bahkan menjadikan anda kelihatan tua dari usia sebenar.

6. Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat.

Bersenam adalah salah satu cara untuk badan sihat dan kelihatan muda. Ini kerana kesan positif akan menaikkan metabolisma badan dan menyihatkan jantung dan minda. 

7. Tidak Merokok.

Tidak terlalu lewat untuk anda tinggalkan tabiat merokok. Ini adalah langkah yang terbaik sekiranya anda mahukan kesihatan yang optima. Bukan sahaja meningkatkan peluang hidup tetapi juga memperlahankan penyakit. 

Kesempurnaan dan kebahagiaan ada di tangan anda. Mahukan yang terbaik atau sebaliknya. Oleh itu, mulakan langkah terbaik dari saat ini. Kelengahan bukan sahaja akan memudaratkan kesihatan tetapi akan memberi kesan pada keluarga anda.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer