PUFF CENDAWAN SEDAP


Ada Mommies yang masih tercari cari makan petang? Biasalah musim cuti sekolah, anak selalu lapar. Dan kekadang mommies nakkan hidangan yang luar biasa tapi simple! Naah Kak Mai share resepi Puff Cendawan Sedap.

                                

Bahannya : 
Kulit pastri (ada dah siap, ada jual di pasaraya)
1 tin Sup Cendawan 
1 cawan sayur campur
1 paket sosej ayam/daging. Ikut selera masing masing
1 tin cendawan butang
1 cawan air
Lada benggala
Lada hitam
Telur kuning
Nostalgia Cheese 

Haaa kalau tak paham lagi ada gambar kat bawah nih, boleh tengok kalau tak tahu...hihi

       .                                    

Cara memasak :
Panaskan sup cendawan bersama secawan air tadi. 
Dah mendidih, masukkan sosej yang dipotong-potong kedalam sup cendawan. Biarkan seketika.
Sambil tu boleh potong pastri kepada 4 bahagian. Dan bolehlah create ikut kreativiti korang dulu.
Jangan lupa sup tadi, kacaukan jugak ye. Dah agak paket kuatnya, masukkan lada benggala, lada hitam sayur campur dan cendawan ke dalam sup. Kacau sebati dalam 5 minit. Daahh boleh tutup api. Sejukkan seketika.
Ambil sesudu inti sup cendawan dan letakkan di tengah-tengah pastri tadi. Taburkan cheese atas inti tersebut. Dan sapukan telur kuning dibahagian tepi pastri tadi
Panaskan oven selama 10 minit bersama suhunya 200°c. 
Dah cukup masa, boleh masakkan pastri ini dalam 20 minit.
Time masak ini, baunya memang tak boleh tahan, silakan bersabar yer mommies hihi. 

Selamat mencuba yer

Kak Mai guna jenama KAWAN
      .                                     







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan-Jalan Cari Makan di Mat Top Cendol Durian

MENU SALAD UNTUK PENGGEMAR DIET

7 TIP CARA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG