JOM JEMPUT REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

Sedekah begitu sinonim dengan pemberian wang dan juga makanan. Namun sebenarnya definisi sedekah adalah luas. Setiap perkara perbuatan kebaikan yang kita lakukan merupakan sedekah. Seandainya perbuatan itu untuk kita dapatkan pahala dan imbalan dari Allah swt. 

"Daripada Saidina Ana's bin Malik berkata Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku bail kepada kedua Ibu bapanya dan menghubungkan silaturahim dengan saudara maranya. Musnad Ahmad. "



Sedekah Tidak Akan Mengurangkan Harta

Saidina Abdul Rahman berkata bahawa Rasulullah telah bersabda,"Aku bersumpah atas tiga perkara dengan nama Allah yang nyawaku ada dalam genggamanNya. 

a. Harta tidak kurang dengan bersedekah
b. Mana-mana hamba Allah yang dizalimi dan dia memaafkan, maka pada hari kiamat nanti Allah akan tambah kemuliaannya
c. Sesiapa yang buka pintu meminta-minta daripada makhluk, maka Allah akan membuka pintu kefakiran untuknya."

Semakin banyak memberi, maka makin banyak yang akan kita terima. Perihal ini ada dalam surah Al-an'am ayat 160. Allah janji kepada hambaNya bahawa setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda. 

Teruskanlah bersedekah dan yakinlah rezeki kita akan dijamin oleh Allah swt. Dan sebenarnya pulangan sedelah bukanlah sekadar duit malahan banyak lagi antaranya 

a. Terlepas dari siksa api neraka
b. Sedekah akan memadamkan panasnya api didalam kubur pelakunya.
c. Sedekah akan memanjangkan umur, mencegah silaturahim, menghilangkan kesombongan dan kebanggaan dalam diri.
d. Akan berterusan mendapat pahala (ketika dalam kubur) dari amal jariah yang dilakukan didunia selain ilmu yang bermanfaat dan doa si anak.
e. Sedekah dapat memadamkan dosa

Justeru, semoga dengan kebaikan ini bersedekah ini dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Boleh juga kita ajarkan anak-anak kita bersedekah di masjid misalannya. Kepimpianan melalui teladan. Sedekah pembawa rezeki dan rahmat. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer