TIPS HADIRI BANYAK KENDURI TANPA RASA BERSALAH

Bila tiba cuti sekolah atau cuti panjang, perkara yang signifikan adalah kenduri, betul tak? Masa inilah dapat berjumpa sanak saudara, berjumpa kawan lama sambil berkongsi cerita dan khabar berita. Namun ada ada hang bertemu jodoh masa kenduri dan ada yang mengambil inisiatif untuk mencari wang saku masa ni..haa apa lagi part time catering la kann!

Okey kita tinggal sebentar bab tadi, hehe. Jadi bila time macam nie selalunya dalam sehari pun paling sikit sehari sebuah. Dan ada yang menjangkau tiga hingga lima biji buah rumah. Tak pergi, rasa bersalah pulak. Kalau pergi, alamatnya habislah program diet selama ini..


Kakmai ada tips bagaimana nak atasi masalah ini. Jom kita baca bersama.

1. List Kenduri Hari ini.

Sebelum pergi, senaraikan kenduri dan tempatnya. Ini membolehkan kita menyusun kenduri yang patut kita hadiri dulu kemudian baru lah yang lain menyusul. Boleh juga susun kenduri yang jauh dulu selepas itu barulah yang dekat-dekat dengan rumah. 


2. Bawa air mineral. 

Selalunya time kenduri ni jarang yang berikan air masak ataupun air mineral. Air mineral ini sebenarnya penyelamat tau. Selain menyelamatkan kalori yang akan bertambah, ia juga dapat menyejukkan badan. Maklumlah cuaca tak menentu, sekejap panas sekejap hujan. Walau pergi kenduri, kesihatan kena jaga juga tau!

3. Pakai baju yang selesa.

Baju yang selesa bukan sahaja untuk anak-anak tapi juga kita. Hadiri banyak rumah akan mengundang ketidakselesaan pada anak-anak. Jadi sediakan baju yang bersesuaian ataupun boleh juga bawa baju salinan sekiranya perlu. Mana tahu tetiba kuah tertumpah atas baju ker? Idokler bau gulai dari pagi sampai ke petang kan..hihi.

4. Ambil 'penyelamat'.

Maksud 'penyelamat' disini bukanlah macam ultramen melawan raksasa gitu. Ataupun macam Ejen Ali.! Penyelamat ini maksud KakMai adalah supplement. Sebelum hadiri kenduri, Kakmai akan ambilkan Omega Guard untuk mengawal rasa lapar. Dan Lecithin, Herblax dan Alfafa bila dah balik rumah. Ketiga supplement tadi membantu makanan yang kita makan akan dibersihkan dan dibuang dalam sistem perkumuhan dengan elok. Jadi toksin ke, kolesterol ke ataupun gula tadi tak berkumpul dengan senang lenang dalam badan.


5. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Haa ini tip paling mudah dan paling senang nak amal. Tak semestinya setiap kenduri lauk pauk kita ambil penuh pinggan. Ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Bukan sahaja boleh kawal berat badan tetapi usus kita tak der la letih sepanjang masa. Ini tidak, rumah yang pertama dah penuh pinggang, dengan dessert pon tak terlupa sambung makan...kesian perut kita.

Cukuplah 5 tip hari ini. Semoga tip hadiri kenduri dapat kita amalkan bersama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer