KETAGIHAN INTERNET PENYAKIT ZAMAN KINI

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wrbt

Hari ini kita sering melihat jarang sekali yang tidak pernah tidak mempunyai media sosial. Penggunaan internet bukan sahaja dikalangan dewasa bahkan ia juga turut digunakan oleh kanak-kanak. Menurut kajian, dalam masa dua dekad ini, penggunaan media sosial telah mencecah berbilion-bilion bilangannya diseluruh dunia yang cuma mempunyai 7.5 billion penduduk. 



Bukan sahaja aplikasi telefon yang sangat menarik, bahkan model telefon ianya juga berubah dari masa ke semasa. Kecanggihan telefon ini secara tidak langsung menarik ramai pengguna dan seterusnya melekakan apabila kemudahan atau aksesnya laju dan berkualiti. 

Selain mengundang kepada masalah penggunaan Internet secara tidal terkawal, ataupun dilabelkan sebagai Gangguan Ketagihan Internet atau Internet Addiction Disorder, IAD. Kepelbagaian akses internet bukan sahaja melalui komputer ataupon laptop, bahkan penggunaan internet juga boleh diguna oleh telefon pintar. 



Simptom IAD

Satu kajian yang dijalankan oleh United Kingdom bagi melihat sikap pengguna internet. Dalam kajian itu, terdapat 66% respondent melahirkan rasa takut apabila telefon mereka hilang dari pandangan.

Ketakutan itu dinamakan sebagai Nomophobia ( no mobile phone phobia). Ketakutan ini berbeza antara lelaki dan perempuan dimana lelaki 60% dan lelaki 70%. Perasaan ini sekaligus mendorong mereka untuk memiliki lebih dari satu telefon. 

Antara ketagihan internet yang lain adalah meluangkan masa yang terlalu lama dihadapan komputer untuk tujuan selain belajar. Ketagihan ini making berlarutan apabila mereka lebih mementingkan makan, minum, tidur dan hubungan sosial orang luar.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan-Jalan Cari Makan di Mat Top Cendol Durian

MENU SALAD UNTUK PENGGEMAR DIET

7 TIP CARA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG