MENU SALAD UNTUK PENGGEMAR DIET

Assalamualaikum wrbt
Apa kabar? 

Hari ini Kak Mai tetiba teringin nak cari resepi salad. Rupa-rupanya ada dua jenis salad iaitu salad sayuran dan salad buah-buahan. Selama ini faham hanya perkataan salad jer. Tak tahu fungsi salad yang sebenarnya baik bagi mereka yang mahukan berat badan dengan berkesan. Kiranya dalam salad itu mesti ada sedikit lemak, protein dan mesti cukup jumlah gizi yang diperlukan tubuh kita.

Antara manfaat salad adalah rendah kalori, kaya dengan serat dan nutrisi penting. Rupanya makanan mentah ini lebih lambat diproses dan sekaligus memberikan anda lebih kenyang dalam tempoh yang lama. Salad buah-buahan dan sayuran banyan mengandungi air. Air ini amat penting untuk prose's metabolisma badan. Selain itu, salad yang kita makan mempunyai vitamin A,B,C dan mineral. Kiranya walau tengah berdiet, kita takkan kekurangan gizi.

Okey, disini KakMai nak share menu salad. Nak tahu bagaimana, jom kita baca resepinya. 


1. Menu Ikan Salmon Grill

Bahan perapan ikan:
Ikan salmon
Serbuk cili
Lada sulah
Garam sikit
Hirisan lemon ( diperah semasa hendak makan)
Bawang diketuk
Olive oil untuk grill

Masukkan sedikit olive oil dalam kuali non stick. Grill perapan ikan salmon hingga masak sempurna. Sebelum makan, bolehlah perah lemon bagi menambah rasa madam ikan tersebut.

2. Salad Telur Gulung

2 biji telur digoreng dadar dan digulung
Serbuk lada sulah
Goreng guns kuali non stick
Daun salad cuci dan toskan
Gulung kemas dan masukkan dalam bekal.


3. Menu Ayam Grill

Dada Ayam
Sedikit garam
Serbuk cili
Serbuk lada sulah
Olive Oil untuk grill

Masukkan olive oil dalam kuali non stick, grill ayam bersama perapan bahan tadi sehingga ayam masak sempurna. 

4. Menu Popia Gulung

Isi ketam/ayam/ikan
Sayur pucuk kacang
Timun Jepun dipotong halus
Lada sulah

Gulung bahan di atas dan goreng hingga warna kulit popia berubah keperangan. Boleh dimakan bersama cili sos


5. Sayur Brokoli Grill

Serbuk lada sulah
Lada hitam
Olive Oil 
Sayur Brokoli

Masukkan olive oil dan masakkan kesemuanya dalam beberapa minit.

6. Menu Telur Omellete


Susu Segar (agak-agak)
Sedikit parutan cheese
Serbuk lada sulah
Sedikit Majerin

Panaskan kuali non stick dengan majerin,masukkan telur yang telah dicampur dengan bahan-bahan selain majerin dan masak beberapa minit.

Menu-menu ini kak Mai asingkan supaya kita boleh pelbagaikan menu salad kita. Hari ini ikan, esok ayam dan lusa telur omelette! Yang penting olive oil sebab is bersifat antioksida hihi. Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi bagi yang tercari-cari menu salad. Selamat mencuba.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer