Anakku Sayangilah Aku Kembali

    💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞💞🍃💞🍃
         RINDUKU BERTAMU BUAT SIDIA
    💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞

Malam ini Mai belajar tentang kisah seorang bapa yang terlalu rindukan anaknya. Walaupun pada hakikatnya, bapa ini seorang yang garang, tegas tapi beliau seorang yang penyayang terhadap anak-anaknya.

Beliau menceritakan yang beliau sangat sayangkan anak-anaknya, rindukan dengan suara anak-anaknya. Betapa dia merindukan saat beliau bergurau senda, bermain dengan segala kenangan diceritakan segalanya. Walaupun depan Mai tidak setitis air matanya jatuh tapi Mai sempat melihat beliau sempat mengesat air dihujung matanya.

Mai bertanyakan kenapa terjadi begini? Bapa ini menceritakan hanya dengan satu kesilapan yang di lakukan dahulu serta kisah silamnya, anak-anaknya terus membuangnya jauhhhhhh dari hati mereka. Beliau menambah, hingga ke saat ini, ada anaknya tidak pernah telefon bertanyakan khabarnya. Tidak pernah terdengar telefon berbunyi dari anaknya itu. Dan dia sangat rinduuukan anaknya itu.

Dia tidak pernah bencikan anak-anaknya. Padanya, walau dia pernah melakukan kesilapan, beliau telah insaf dan ingin mengecapi saat bahagia, gembira di hujung hidupnya bersama anak cucunya. Namun hingga ke saat ini, hatinya kian merajuk. Hatinya kian ralat. Hatinya kian jauh. Dia tahu. Redha kehidupan anak-anaknya atas keredhaan ibubapa iaitu dia sendiri.

Tapiiii apakan daya anaknya telah membuang dia dahulu.. Dia hanya diperlukan tatkala kadi ingin meng'akad'nikahkan anaknya yang disayangi itu dengan orang lain. Selepas itu, dia dianggap tiada. Dia dianggap mati oleh anaknya.

Betapa ruginya anaknya itu. Kiranya dia belum meminta maaf tentang kesilapan dia kepada ayahnya. Sesungguhnya tidak terbalas pengorbanan ayah terhadap anak kita.

Saudaraku sekelian. Betapa besarnya kesalahan ayah kita, siapa dia sebelum ini. Hakikatnya dia tetap ayah kita DUNIA AKHIRAT. KEREDHAAN KEBAHAGIAAN KITA JUGA ATAS DOA DAN REDHA DIA. Jadi apalah kiranya kita titipkan kemaafan kita buat dia, lembutkan hati kita untuk kita menerimanya dalam hidup kita kembali. Hidup ini karma sahabat. Hari ini kita membenci ayah kita. Satu masa nanti anak kita pula akan membenci kita. Nauzubillah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer