Punca Penyakit Alzheimer

Punca Penyakit Alzheimer

Dalam Entry semalam, saya telah menceritakan tentang apakah itu Alzheimer. Alzheimer adalah merupakan sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku ke atas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Penyakit ini adalah sejenis penyakit di mana seseorang itu gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. Penyakit ini bukan sejenis penyakit "nyanyuk" tetapi ia tergolong dalam golongan penyakit nyanyuk (dementia). Antara ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah:-

  • Pertuturan menjadi lemah .
  • Kewarasan kurang baik .
  • Ingatan bertambah teruk .
  • Perubahan personaliti.
  • Tingkah laku .
  • Pertimbangan .


Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti

* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan
Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit

* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah


Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit adalah:-

- Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.

- Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.

- Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.

-             Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.
-       Mereka juga mudah merasa rendah diri pada diri sendiri apabila mereka tahu kelemahan diri mereka.Pandangan penyakit alzheimer juga bercanggah dengan pihak yang normal kerana ini semua merangkumi daya pemikiran yang kurang berfungsi lebih jauh.Mereka juga tidak mengaku dan tegas dengan pendirian mereka walaupun dalam pada masa yang sama mereka tahu mereka salah.Ini berlaku disebabkan mereka inginkan di hargai dan mereka tidak mahu ditindas hanya dengan kelemahan mereka.
Dalam hal begini sememangnya mereka inginkan perhatian yang lebih dan juga tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai jiwa yang memberontak. Alzheimer juga akan sering

* Mengamuk
* Membebel
* Murung
* Tidak dapat menerima nasihat orang lain
     Penghidap alzheimer kebiasaanya dialami oleh golongan orang yang berumur namun ada juga dialami bagi golongan muda.Ini kerana alzheimer bersangkut paut dengan daya pemikiran yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.Bagi yang sudah nampak perubahan pada diri sendiri dan rasa macam terlupa sesuatu barang yang disimpan jadi haruslah bersikap tenang dan jangan terus memaksa.


     Dengan penyedaran pada diri sendiri lebih mudah untuk mendapatkan jalan keluar yang terbaik kerana bagi pandangan pihak kami ‘Masa yang terbaik untuk berjumpa doktor ialah sebelum anda sakit’kerana sekurang-kurangnya dapat mencegah dari melarat. Bagi penghidap alzheimer jangan terus buntu untuk menyelesaikan masalah kerana setiap penyakit ada penawarnya. Hak manusia berusaha dan penyembuhan tetap hak ALLAH.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA