Bentan waktu berpantang!

AWAS BENTAN!
===========================

Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

🍀Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri dari segi emosi dan fizikal ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda dan sebab bentan:

🍀Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Jenis bentan:

1. Bentan urat

🌸Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim

🌸Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)

🌸Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

👉Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.😎

⏳Ok, jika ibu pun ada mengalami sakit urat tak kiralah semasa berpantang atau selepas berpantang, boleh cuba buat perkara dibawah:
      
✅Bertungku atau mandi wap herba :

Bertungku masa berpantang jangan MALAS. Dan punca bentan juga adalah disebabkan salah cara bertungku dan malas untuk bertungku. Ini kerana pada waktu begini, urat-urat dalam badan ibu yang lepas bersalin tengah mengembang. Jadi ibu yang berpantang seharusnya melakukan amalan bertungku ini. Dan begitu juga mandi wap apabila usai pantang. Selain membuang peluh degil akibat berpantang, ia juga dapat menyegarkan tubuh badan ibu. Memang bestt!!!😘

✅Berurut.

Bagi masyarakat Melayu, berurut adalah amalan yang wajib dilakukan ke atas ibu yang berpantang selepas 14 hari. Kenapa jarak sangat? Tak mengapakah? Menurut pengalaman dan bidan sendiri, badan yang baru usai bersalin tengah bengkak. Jadi pada waktu begini, bidan jarang melakukan berurut dan sengkak. Ditakuti akan menyebabkan luka jahitan terbuka dan bahagian rahim belum sembuh sepenuhnya. Seeloknya berurut dilakukan selama 3hari berturut-turut.

✅Berehat secukupnya dan tidur.

Sewajarnya ibu yang berpantang, perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Setelah melalui proses mengandung 9 bulan, kesakitan bersalin normal mahupun pembedahan, maka di ibu wajar mendapatkan rehat dan mengumpulkan tenaga kembali. Bagaikan telur di hujung tanduk bukan? Kesakitan yang tidak dapat digambarkan dan ianya hilang begitu saja apabila menatap sepasang mata yang begitu comel. Subhanallah. Jadi para suami perlu mengambil berat. Kerana pada waktu begini juga, hormon isteri mudah terganggu.

✅Ambil #Ostematrix, #Omega Guard dan #Alfalfa Complex Shaklee. Pengambilan supplement amat membantu si ibu mengembalikan tenaga dan sekaligus mempercepatkan kesihatan badan. Alhamdulillah sepanjang saya mengambil produk ini, badan saya bertenaga, susu ibu meriah dan yang pastinya rasa tenang dan sihat.

     💦 Orang kata bentan ni akan beri efek masa tua 👵nanti. Kalau salah makan, sekarang mungkin tak rasa. Tapi nanti bila dah makin berusia, badan mungkin boleh jadi lebih lemah, mudah sakit urat atau sakit-sakit badan hingga akhirnya terpaksa menanggung kesakitan tu seorang diri. Tentu tak mahu kan??😰😲

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.😱

Pengedar Shaklee Sungai Udang
🍒Maizatul
013.691.4709

SIHAT ITU MAHAL

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer