APAKAH MAKSUD STRESS DAN PENYEBAB STRESS

Assalamualaikum wrbt dan Salam Satu Malaysia. Apa kabar? Jadi nie Kak Mai nak share tentang Apakah Maksud Stress dan Punca Terjadinya Stress.

Stress boleh didefinisikan dengan keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan tidak terhadap sesuatu perkara.

Menurut Dr Hans Selye, Pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan ini mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan bebanan yang menimpanya.

Dr David B. Posen ( Lifestyle Caunselor dan Mengiktirafnya Stress) bebanan ini wujud dalam apa apa bentuk ancaman, cabaran atau apa apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. 

Dari sudut bioligikal, ketika stress ini berlaku kalenjar adrenal menghasilkan hormon-hormon tersebut lebih dari yang seharusnya. Maka pada waktu ini kadar glukusa dalam aliran darah akan naik. Pada waktu ini hati terpaksa bekerja keras dan paling teruk stress ini boleh menyebabkan diabetis tahap 2.

Untuk pengetahuan pembaca, stress ini terbahagi kepada dua iaitu positif disebut eustres dan negatif pula dipanggil distres.

Sebenarnya stress yang positif ni amat perlu untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, lebih terangsang, kreatif, lebih memberi tumpuan dan perhatian kepada apa yang kita sedang lakukan. Contohnya, bila kawan kita naik stage dan terima anugerah. Normally bagi yang mempunyai daya juang, kita akan tercabar. Lalu kita akan lakukan lebih baik masa depan supaya kita juga mampu atau lebih seperti kawan kita tadi.

Tapi bagi yang mempunyai stress yang negatif, dia merasakan itu tak perlu, tak teransang dengan keadaan itu dan biarkan keadaan itu berlaku seperti tiada apa terjadi..erkk burukkan?


PUNCA PENYEBAB STRESS

Dalam hidup kita takkan terlepas dari stress. Mesti ada walau sedikit. Kekadang ada yang stress disebabkan tak dapat jodoh lagi, dah kahwin stress tak punyai anak, dah ada anak tapi tak ramai, gaji tak besar dan banyak lagi. Selagi mana ianya tak ditangani dengan baik selagi itu kita akan terus hidup dalam stress.

Begitu juga ada yang stress dengan akademik. Tapi selalunya untuk student lah kan. Stress nak dapat dapatkan keputusan yang baik, kerja atau task yang banyak, kertas kerja yang menimbun dan gagal dalam peperiksaan.

Ada juga yang stress disebabkan perceraian.  Ini disebabkan oleh masalah rumah tangga yang tidak dapat diselesaikan, masalah orang ketiga, kewangan dan banyak lagi. Dan akibatnya seseorang itu tidak lalu makan, berat badan menurun dan ada juga menghadapi trauma disebabkan perceraian tadi. Allahu

Tidak ketinggalan yang menghadapi stress disebabkan masalah kewangan. Kekadang disebabkan oleh bisnes tidak berjalan seperti yang dirancang, bangkrup dan akibatnya fikiran terganggu dan ada yang berakhir dengan gangguan mental dan ada yang mengambil jalan mudah dengan bunuh diri. Nauzubillah.

Pun ada yang stress disebabkan penyakit yang dihadapi. Maybe dia penghidap penyakit kronik atau parah ataupun anggota badannya mengalami kecacatan kekal. 

Banyakkan punca penyebab stress ni? Kekadang benda yang kecil pon boleh dianggap stress seandainya ianya terlalu memikirkannya. Ok, untuk siri akan datang, Kak Mai akan berikan cara cara untuk mengatasi stress pula, Insyaallah.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer